Semalam,hari ini dan esok ada training di menara TM.Dari tingkat 56 Kuala Lumpur kelihatan begitu kecil.Bangunan bagai kotak kotak yang tak tersusun dan jalan bagai tali-tali yang berselirat.Inikah yang dikatakan melihat dunia dari mata sang burung? Nampak luas dan jauh.Semalam hujan.Aku suka melihat pembentukan awan dari atas sebelum turun sebagai hujan.Bila mendung matahari hanya memancar di kawasan kawasan tertentu.Ia satu fenomena alam yang menarik untuk diamati.Dalam sibuk training aku sibuk juga membaca blog blog orang masa break dan bila system begitu perlahan.Banyak cerita baru dan buku buku baru di ulas dan aku belum sempat membacanya.
Saturday, December 15, 2007
Friday, December 14, 2007
I Am legend
Aku menonton filem ini semalam bersama Zura,Su, Adik dan seorang nyah di Mid Valley.Mulanya rasa hilang mood sebab aku dan adik masuk lewat.Aku ingat iklan lagi tapi dah start rupanya.Lagi satu perkara aku rasa terganggu dengan palang di sebelah kananku.Aku juga rasa sedikit kurang selesa sebab pertama kali menonton wayang bersama adik sendiri.Bagiku cerita nie ok jelah.Tak la best sangat.Tak banyak adegan yang bestpun.Filem nie rupanya adaptasi novel I Am Legend oleh Richard Matheson pada 1954.Banyak juga filem lain yang dibuat mengikut novel yang sama seperti The Last Man On earth,1964 dan The Omega Man 1971 bak kata seorang rakan yang kuat perasan ia filem retorik.ia mengisahkan Robert Neville yang tinggal seorang di kota New York sebab semua orang mati kena virus.macam mana virus tu boleh wujud aku tak sempat tengok sebeb masuk lambat.Dia seorang saintis yang terus mencari penawar untuk virus tersebut dan tinggal bersama anjingnya bernama Samantha.lepas tu anjing tu mati dicekik beliau sendiri sebab dijangkiti virus dan menunjukkan simptom akan menjadi mutan.Virus itu juga mengakibatkan sebahagian warga new York menjadi mutan dan hanya dapat hidup pada waktu malam.Mereka juga menjadi kanibal memakan saki baki manusia yang tinggal.Selama tiga tahun si Will Smith nie mencari penawar virus itu dan mencari manusia lain yang hidup menerusi isyarat radionya.Akhirnya muncul Anna dan anaknya Ethan disaat genting robert diserang mutan itu.Babak akhir Robert Neville menamatkan riwayatnya sendiri selepas memberi penawar virus tu kepada Anna.Aku rasa boleh jer dia lempar bom dan masuk trowong tu bersama Anna dan Ethan.Tak perlu lah mati bersama mutan mutan itu.Tapi nanti takde lak tajuk citer nie kan.Kesimpulannyer citer nie dapat la dua bintang dari aku. Thursday, December 13, 2007
Balik Perak...
Dalam keadaan yang tiada pilihan manusia akan buat apa sahaja.Aku sangat percaya dengan ungkapan itu kerana ia benar benar berlaku keatas diriku.Aku sangat tidak percaya dengan diriku yang terlanggar macam macam dan tak pernah bawa kereta sorang diri ke office berjaya bawa kereta balik Perak seorang diri mengambil mak untuk dihantar ke Kelana Jaya.Alhamdulillah mak selamat pergi menunaikan haji 8 December lalu.Mungkin bagi orang lain drive sendiri KL ke Perak perkara kecil tapi bagi aku ia amat besar dan aku terpaksa melawan ketakutan yang teramat sangat untuk melakukannya.Jalan sungguh mencabar kerana hujan lebat dan sedang dibaiki.Terima kasih yang memberi laluan dan yang menghadiahkan horn bila aku salah lane.Banyak kali jugalah kete manual aku tu mati mati enjin terutama masa jem dan ramai yang menanti dengan sabar dibelakang.Paling takut masa dekat tol sebab kereta belakang horn panjang sangat sebabnya aku kena turun kereta untuk sentuh kad touch n go sebab aku berenti jauh sangat dan aku tak sampai sentuh dengan hanya membuka tingkap.Pengalaman ini sangat manis dan berharga bagiku.Sampai Pantai Remis sempat kerumah Tiah bagi hadiah kahwin Tiah yang aku tak dapat menghadirinya.Buat Tiah dan Fauzi selamat pengantin baru,semoga bahagia berkekalan ke ahkir hayat.Ramai orang datang ke rumah dan ia menjadi majlis kecil yang meriah.Akhirnya aku rasa dapat menjadi kakak yang bertanggungjawab.hehehe
Wednesday, October 3, 2007
Raya...
Wahhh raya dah dekat.Tak sabar nak balik kampungku yang dengar cerita jalannya dah dibaiki oleh wakil rakyat.Teringat baju raya kami sekeluarga yang sama tema tahun ini.Harap harap tukang jahit telah menyiapkannya. Terasa juga perlu bagi duit raya kerana sudah bekerja.Teringat zaman belajar yang masih dapat duit raya.Selalunya di pekan kecil kampungku itu barang barang terutamanya makanan akan naik harga.tapi orang kampung tak kisah sangat sebab hari raya sekali sekala.apalah salahnya berbelanja.Anak cucu balik kampung tak kan nak jamu lauk yang biasa biasa.Ok nak sambung kerja.Nanti sambung cerita cerita tentang raya.
Monday, October 1, 2007
Oktober tanpa tragedi...
Oktober datang lagi seperti sebelumnya dan selalunya.Menyinggah dalam mencukupkan jumlah bulan dalam tahun.Supaya kita ada bulan sepuluh yang selalu hujan hujan dan mujurlah ada bulan Oktober memberi inspirasi kepada penulis lirik lalu menghasilkan lagu tragedy Oktober buat Awie.Dan benarkah Oktober ini bakal mengundang tragedy.Mungkin…ada kebarangkalian atau pasti akan mengundang tragedy.
Ada satu tragedy yang tidaklah menyayat hati sangat telah berlaku dalam hidupku,tapi bukan dalam bulan Oktober,bulan sebelum Oktober.Tragedi yang menyebabkan aku memencilkan diri dari dari dunia blog yang panas ini hehehe.Tragedinya aku terlangar kereta jiran depan rumah dan kemudan tergesel tembok dekat simpang.Tragedi itu cukup mengesankan.Menyebabkan aku turun 3 kg tanpa bersenam dan mungkin aku mendapat pahala puasa yang banyak kerana kadar bercakap juga telah berkurang secara drastik!!
Apa yang menariknya jumlah buku yang aku baca sepanjang tragedi itu telah bertambah secara drasti juga.Antaranya buku :-
1.Surat surat perempuan Johor (FT)
2.Memeluk Gerhana (Isa Kamari)
3. Nama beta sultan Alauddin (FT)
4.Honk if you’re Malaysian (Lydia Teh)
5.Mencari Lokus standi (nisah haron)
Ada juga buku yang ku ulang membacanya seperti Kalashnikov yang kemudiannya menjadi bahan ketawa teman sekerja kerana aku menbaca buku perang perang (kerana ada gambar AK 47 di depan buku itu) Terima kasih buat teman teman yang memberi sokongan walaupun dengan ayat “ calar jer yan keta ko boleh jalan lagi kan” aku menghargai semuanya.Ia sebahagian daripada warna warna kehidupan yang patut dirasa.Tanpanya kehidupan mungkin kehidupan terasa tawar seperti meggi tanpa perisa dan sirap tanpa gula.Pengalaman ada juga yang mengatakan ia adalah timbunan kesilapan manusia yang tidak diakui.Benarkah begitu?....
Ada satu tragedy yang tidaklah menyayat hati sangat telah berlaku dalam hidupku,tapi bukan dalam bulan Oktober,bulan sebelum Oktober.Tragedi yang menyebabkan aku memencilkan diri dari dari dunia blog yang panas ini hehehe.Tragedinya aku terlangar kereta jiran depan rumah dan kemudan tergesel tembok dekat simpang.Tragedi itu cukup mengesankan.Menyebabkan aku turun 3 kg tanpa bersenam dan mungkin aku mendapat pahala puasa yang banyak kerana kadar bercakap juga telah berkurang secara drastik!!
Apa yang menariknya jumlah buku yang aku baca sepanjang tragedi itu telah bertambah secara drasti juga.Antaranya buku :-
1.Surat surat perempuan Johor (FT)
2.Memeluk Gerhana (Isa Kamari)
3. Nama beta sultan Alauddin (FT)
4.Honk if you’re Malaysian (Lydia Teh)
5.Mencari Lokus standi (nisah haron)
Ada juga buku yang ku ulang membacanya seperti Kalashnikov yang kemudiannya menjadi bahan ketawa teman sekerja kerana aku menbaca buku perang perang (kerana ada gambar AK 47 di depan buku itu) Terima kasih buat teman teman yang memberi sokongan walaupun dengan ayat “ calar jer yan keta ko boleh jalan lagi kan” aku menghargai semuanya.Ia sebahagian daripada warna warna kehidupan yang patut dirasa.Tanpanya kehidupan mungkin kehidupan terasa tawar seperti meggi tanpa perisa dan sirap tanpa gula.Pengalaman ada juga yang mengatakan ia adalah timbunan kesilapan manusia yang tidak diakui.Benarkah begitu?....
Tuesday, August 14, 2007
kaca di jendela
Tadi di Office terbaca satu artikel dari DM.Antara isi yang masih kuingat dan terfikir hingga saat ini adalah sudah 700 tahun bangsa Melayu -Islam sudah mempunyai negeri dan kerjaan.Bermula dari kerajaan Melayu Samudera Pasai hingga Kerajaan Melayu Melaka.Cumanya bangsa ini dijajah silih berganti oleh kuasa besar yang dominan seperti Portugis,Belanda Inggeris dan Jepun.Jadinya bangsa kita ini sudah punya ketamadunan yang kukuh sejak awal lagi dan tamadun itu tercampur aduk dengan pelbagai variasi persekitaran.Kemerdekaan cumalah lambang pembebasan dari Inggeris dan permulaan tanah melayu ini dikongsi bersama kaum lain.Hingga saat ini aku masih terfikir fikir dan tercari cari satu kesimpulan yang entah dimana..
Monday, August 13, 2007
saje saje....
Hari tu berkobar kobar hendak menulis tentang buku yang aku beria ambil gambar menggunakan webcam.Buku yang aku hampir-hampir tamat itu aku tidak tahu dimana.(mungkin ada rakan serumah yang meminjamnya dan belum berkesempatan memulangkannya) sungguh aku tak tahu dimana ia sekarang.Selepas exam dan minggu yang banyak aktiviti itu aku pun demam.Seperti biasa mak akan suruh aku pulang ke kampung.Seperti biasa juga emak akan membuat andaian aku demam sebab diet.Diet kah aku? ahhh susah menjadi perempuan, tak makan dikata diet.makan berlebihan dikata pula tak jaga badan.Sekarang sudah balik KL.Kota penuh warna warni dan orang orang yang beraneka ragam.Pastinya terpaksa meneruskan kerja supaya mendapat bayaran di hujung bulan. Kenapakah selalu menggunakan perkataan 'terpaksa ' untuk menunjukkan aktiviti bekerja.Siapalah yang memaksa aku bekerja disana ye.Bukankah aku yang beria pergi temuduga untuk mendapat kerja itu? bukankah aku yang berlakon sakan semasa temuduga tersebut? ohhh sungguh tidah sesuai perkataan terpaksa itu digunakan untuk 'kerja' yang kita lakukan setiap hari.
Subscribe to:
Posts (Atom)