Tuesday, March 25, 2008

Novel Epik Sejarah



Ini sorotan buku pertama untuk tahun ini.Tapi ini bukan buku pertama yang aku baca untuk tahun ini.Hampir 4 bulan aku tidak menulis di blog kesayangan ini,alasannya cuma internet belum siap dipasang di rumah kami.Alasan murahan yang boleh ditentang dengan seribu ayat lawan.Kiranya ini buku untuk bulan Mac…

Judul : Atas Nama Cinta
Pengarang : Isa kamari
Penerbit : Ameen
Harga : RM29.00

Aku memang sudah lama ingin membaca kisah tragedy Nadra ini daripada bahan berbentuk teks yang boleh dipegang seperti buku.Rasa tidak puas membaca dari laman laman internet.Akhirnya aku bertemu buku ini.Mulanya agak kecewa sedikit kerana saiznya lebih besar berbanding saiz novel biasa.Jadi agak payah untuk di maskkan ke dalam tas tangan.Namun begitu isi novel ini tidak mengecewakan.
Novel ini menggarap sebuah tragedy penting dalam sejarah Melayu Islam di nusantara khasnya Malaya dan Singapura.Ia adalah adaptasi kisah perebutan Maria/Nadra/Putih antara ibu kandungnya dengan ibu angkatnya yang berlainan agama dan bangsa (Orang di Malaysia menyebut nama gadis yang menjadi rebutan Natrah tapi dalam buku ini menyebut Nadra) aku tak pasti yang mana satu betul.Kisah sejarah ini digambarkan oleh penulis dari pengambilan Nadra di Tjmahi Indonesia pada 1942 hingga perebutan Nadra di Mahkamah Singapura yang disebut Koloni Singapura.Perjalanan cerita dalam novel ini berjalan dari watak demi watak yang terlibat menyumbang kepada sebuah perjalanan cerita.Bermula dengan watak Aminah sebagai ibu angkat Nadra,Adelaine ibu kandung Nadra,Soelwadi bapa saudara Nadra hinggalah kepada Livett seorang pemanku pesuruhjaya pasukan seragam di Singapura.Penulisan dari watak ke watak mungkin lebih tepat untuk membawa pandangan watak tersebut dalam cerita berkenaan.Kita dapat melihat sisi pandangan dan rasa hati yang berbeza daripada watak yang berlainan.
Kisah Nadra bermula apabila beliau diserahkan kepada Aminah semasa pendudukan Jepun di Indonesia.Ketika itu bapa Nadra Adrianus Petrus Hertogh ditangkap tentera Jepun yang bencikan orang barat.Nadra, ibunya Adelaine dan adik beradiknya dijaga oleh nenek mereka Nor Louise yang beragama Islam.Setelah di jadikan anak angkat Aminah, Nadra dibawa ke Kemaman, Terengganu tanah tumpah darah Aminah.Nadra hidup aman disana bersama rakan baiknya Zanon hinggalh berumur 13 tahun.Sesuatu yang pelik disini adalah penulis menggambarkan Nadra bermain bola keranjang pada waktu senggang di sekolahnya.Bukankah sukan bola kerangjang agak kasar bagi wanita melayu apatah lagi di Pantai Timur? Saya meragui fakta ini.
Setelah perang tamat keluarga asal Nadra telah pulang ke Bergen op Zoom,Belanda dan bapanya telah bersama mereke kembali.Adrianus amat kecewa Adelaine kembali tanpa Maria/Nadra dan memulakan usaha mencarinya.Nadra di kesan berada di Terengganu oleh Arthur Locke seorang pegawai pentadbir dibahagian Timur Terengganu yang dating menyaksikan pertandingan tarian di sekolah Nadra.Dia kemudiannya membuat janji yang licik dengan Aminah supaya mambawa Nadra ke Singapura.Apabila Nadra dibawa ke sana perebutan pun bermula dengan sessi perbicaraan antara peguam Aminah dengan peguam keluarga Hertogh.Acara ini turut manaikkan semangat perkauman masyarakat Islam yang didominasi Melayu Singapura,Malaya,golongan Tamil-muslim dengan pendatang Barat dan belanda yang beragama Kristian.Perebutan yang didalangi dua agama besar ini cukup hebat hingga membawa pertumpahan darah dan kerosakan harta benda.Ia dijadikan medium oleh masyarakat tempatan yang bencikan penjajah untuk menunjukkan amukan mereka.Pada masa yang sama Nadra sempat berkahwin dengan seorang guru bernama Mansoor Adabi.Sungguhpun demikian ia hanyalah nikah gantung dan mereka tidak sempat bersama.
Kisah Nadra berakhir dengan tragis dengan kemenangan dipihak keluarga Hertogh dan Nadra dibawa ke belanda mejadi Maria berkahwin dengan Johan Geradus Wolkenfelt.Kemenangan keluarga Hertogh meninggalkan sejarah pahit buat masyarakat Islam dan kristian di Singapura.Ia angin yang meniup sekam yang sedang terbakar.Rusuhan selama tiga hari selepas keputusan mahkamah itu telah mengakibatkan 18 orang terbunuh,173 cedera,119 kenderaan musnah dan 72 kes pembakaran berlaku.
P/S : Buku ini didatangkan bersama sebuah CD lagu puisi oleh Sirrfillsirr.



Monday, December 31, 2007

catatan akhir tahun...

Ini mungkin catatan terakhir untuk tahun ini.2007 bagiku tahun yang cukup berrmakna dalam kehidupanku.Banyak sungguh catatan suka duka yang berlaku.Pengalaman adalah penghias kehidupan bagai air yang terus terusan mengalir.Aku amat menghargai setiap pengalaman yang kulalui dan setiap insan yang kutemui.Hari ini aku kerja.Mungkin mood bercuti sedang menebal di kalangan rakyat Malaysia.Lalu kerja kami pun menjadi ringan dan santai.Dalam keadaan santai begitu kutemui sesuatu.Seorang teman sekerja yang sering kutemui (tapi tidak mengenali) memberi satu kenyataan umum terhadap aku "Sepanjang aku kerja baru hari nie aku nampak dia senyum" Aku tersentak.Benarkah selama ini aku miskin senyuman? Mungkin benar kenyataan tersebut.Pertamanya aku memang susah memulakan sebarang perbualan dengan orang yang tidak aku kenali.Kedua aku selalu menyumbat telingaku dengan earphone MP4 ku ketika berjalan ke tempat kerja dan di dalam lif.Maka aku tidak akan berbual dengan sesiapa yang aku temui (tapi aku rasa aku senyum) Jadi 2008 ini aku perlu menambah kekerapan senyum kepada orang lain.Aku amat bersyukur aku mencapai apa yang kurancang dalam tahun 2007.Namun begitu tidak bermakna ia sempurna.Banyak yang perlu dibaiki.Pengalaman adalah universiti kehidupan.Pengalaman memang mendewasakan serta mematangkan fikiran.Pengalaman pahit juga merupakan pengalaman yang cukup bermakna sebagai bekalan dihari mendatang.Hidup tanpa pengalaman yang pelbagai bagaikan menaiki roller coaster yang tidak bergerak.2007 yang sarat dengan sejuta pengalaman itu akan aku tinggalkan jua.2008 bakal menjelang.Aku mahu menjadi hambaNya yang solehah,anak mithali buat ibuku dan kakak yang baik buat adik adikku.Azam lain akan kusambung dalam diari baru....selamat datang 2008

Saturday, December 29, 2007

Jibam

Ini adalah bacaanku kali yang entah ke berapa.Ini novel adik.Dia baru beli.Aku pernah membelinya sebelum ini tetapi hilang dipinjam orang (kerana tidak dipulangkan).Dulu aku membeli novel ini selepas kenyataan seorang rakan yang tidak suka membaca 'Novel nie aku baca 11 kali'.Rupanya memang benar jika novel ini aku sanggup membacanya walaupun 50 kali.Jibam sungguh istimewa.Dalam novel nipis ini ada ketawa dan air mata.Ada kalanya kita senyum meleret tatkala membacanya.Jibam merungkai misteri kematian Suman dan memaparkan kehidupan penduduk yang jauh di pedalaman,ketinggalan dari arus pemodenan.Dalam Jibam ada watak watak kehidupan yang sungguh realistik dan dialog harian yang tidak dibuat buat.Jibam dikelilingi watak watak yang zalim terhadapnya seperti Tok Ngah sudin dan Usin Singai serta insan yang menyayanginya seperti ibunya Piah,Usup Kidung dan Fakir.Tidandakan Jibam kadangkala melampau seperti meludah dalam telinga Karim Peot dan mengecat seluruh bahagian basikal usin singai .Persengketaan Jibam dengan Tok ngah Sudin berakhir dengan kesudahan yang tak di duga.Aku kira isu paling besar yang ingin ditonjolkan pleh penulis adalah isu tanah dan kaum peribumi yang tidak berpandangan jauh (Percubaan lam Shook membeli tanah keluarga Suman melalui Piah dan Fakir)Isu penindasan kaum sendiri (tok ngah sudin dan keluarga suman ) serta sosiobudaya melayu yang lebih mempercayai tahyul daripada qadak dan qadar (penyingkiran keluarga Suman dari kampung lama mereka) antara nilai baik dalam budaya melayu yang paparkan adalah permuafakatan antara pemduduk kampung dan adanya golongan yang sedar dan berpandangan jauh dalam masyarakat melayu (cth kadir).Sesungguhnya novel ini berjaya memancing minat membaca terhadap golongan yang kurang gemar aktiviti ini.Tahniah buat roomateku yang berjaya menghabiskannya kurang seminggu walaupun sebelum ini kadar pembacaan beliau sama dengan purata bacaan penduduk Malaysia dalam setahun.

Monday, December 24, 2007

Tuhan Manusia

Ahad
23 Dec
10.16 p.m
ws228

Andai kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama.Akhirnya barulah kutahu mengapa saudara Jiwarasa memulakan reviewnya tentang buku ini dengan ayat tersebut.Ia adalah rangkap ayat yang di ulang dalam setiap bab dari pelbagai sudut pandangan watak dan pencerita.Buku ini kutamatkan setelah ia hampir lunyai kerana dibawa ke merata tempat.Ia bermula dengan perjalanan Ali Taqi pulang ke kampung halaman di utara semenanjung.Mulanya aku menjangkakan buku ini di tamatkan apabila beliau selamat sampai,malangnya jangkaanku meleset sama sekali.Isu murtad dan pluralisme yang dikupas amat menarik sekali.Ia umpama membaca puluhan dapatan daripada buku buku falsafah penting.Paling menarik buku ini menarik aku menikmatinya hingga ke helaian terakhir bila ada masa terluang.Gejala pluralisme yang dikupas panjang lebar dalam buku ini amat menarik dan bermakna.Ia dapat difahami dengan jelas kerana dikembangkan beserta fakta yang disokong kukuh terutama dari Al-Quran dan sunnah.Teknik soal jawab dalam majlis ilmu juga amat berkesan kerana ia menjadikan isu yang dibincangkan lebih jelas.Apa yang dapat aku simpulkan daripada buku ini adalah pluralisme merupakan racun yang dibawa dalam kehidupan umat islam supaya menjauhi kehidupan beragama.Racun ini didilindungi oleh botol globalisasi yang menarik supaya keburukannya dilindungi.Rupanya kata kata yang sering kudengar 'the lamps are different but the light is the same,its comes from beyond'adalah kata kata Maulana Rumi yang dipesongkan oleh John Hick.Asalnya ia berbunyi 'the light is not different (tough) the lamp has become different.Ungkapan 'the lamps are different but the light is the same'pernah kubaca sebagai kata kata penutup sebuah filem.Babak akhir memaparkan semua watak berdoa mengikut agama masing-masing.Itulah gambaran terbaik pluralisme.Sebelum ini aku juga termakan dengan ayat tersebut.Semua agama menganjurkan manusia ke arah kebaikan.Buku ini menjelaskan segala-galanya yang ingin kita tahu tentang pluralisme.Terima kasih Faisal Tehrani kerana menghasilkan karya berat dengan bahasa yang tidak menjemukan.Kini barulah kutahu semua bukan cahaya yang dilimpahkan dari lampu yang berlainan dapat kita nikmati.Ada lampu yang mengurung cahayanya,memesongkan cahayanya dan lampu malap yang menjadikan cahayanya kelam.Semasa membaba helaian-helaian terakhir aku menjangkakan Ali Taqi akan berkahwin dengan Zehra untuk menamatkan persengketaan antara mereka,rupanya jangkaanku ini sekali lagi tersilap.

Saturday, December 15, 2007

Training di Menara TM








Semalam,hari ini dan esok ada training di menara TM.Dari tingkat 56 Kuala Lumpur kelihatan begitu kecil.Bangunan bagai kotak kotak yang tak tersusun dan jalan bagai tali-tali yang berselirat.Inikah yang dikatakan melihat dunia dari mata sang burung? Nampak luas dan jauh.Semalam hujan.Aku suka melihat pembentukan awan dari atas sebelum turun sebagai hujan.Bila mendung matahari hanya memancar di kawasan kawasan tertentu.Ia satu fenomena alam yang menarik untuk diamati.Dalam sibuk training aku sibuk juga membaca blog blog orang masa break dan bila system begitu perlahan.Banyak cerita baru dan buku buku baru di ulas dan aku belum sempat membacanya.

Friday, December 14, 2007

I Am legend

Aku menonton filem ini semalam bersama Zura,Su, Adik dan seorang nyah di Mid Valley.Mulanya rasa hilang mood sebab aku dan adik masuk lewat.Aku ingat iklan lagi tapi dah start rupanya.Lagi satu perkara aku rasa terganggu dengan palang di sebelah kananku.Aku juga rasa sedikit kurang selesa sebab pertama kali menonton wayang bersama adik sendiri.Bagiku cerita nie ok jelah.Tak la best sangat.Tak banyak adegan yang bestpun.Filem nie rupanya adaptasi novel I Am Legend oleh Richard Matheson pada 1954.Banyak juga filem lain yang dibuat mengikut novel yang sama seperti The Last Man On earth,1964 dan The Omega Man 1971 bak kata seorang rakan yang kuat perasan ia filem retorik.ia mengisahkan Robert Neville yang tinggal seorang di kota New York sebab semua orang mati kena virus.macam mana virus tu boleh wujud aku tak sempat tengok sebeb masuk lambat.Dia seorang saintis yang terus mencari penawar untuk virus tersebut dan tinggal bersama anjingnya bernama Samantha.lepas tu anjing tu mati dicekik beliau sendiri sebab dijangkiti virus dan menunjukkan simptom akan menjadi mutan.Virus itu juga mengakibatkan sebahagian warga new York menjadi mutan dan hanya dapat hidup pada waktu malam.Mereka juga menjadi kanibal memakan saki baki manusia yang tinggal.Selama tiga tahun si Will Smith nie mencari penawar virus itu dan mencari manusia lain yang hidup menerusi isyarat radionya.Akhirnya muncul Anna dan anaknya Ethan disaat genting robert diserang mutan itu.Babak akhir Robert Neville menamatkan riwayatnya sendiri selepas memberi penawar virus tu kepada Anna.Aku rasa boleh jer dia lempar bom dan masuk trowong tu bersama Anna dan Ethan.Tak perlu lah mati bersama mutan mutan itu.Tapi nanti takde lak tajuk citer nie kan.Kesimpulannyer citer nie dapat la dua bintang dari aku.

Thursday, December 13, 2007

Balik Perak...




Dalam keadaan yang tiada pilihan manusia akan buat apa sahaja.Aku sangat percaya dengan ungkapan itu kerana ia benar benar berlaku keatas diriku.Aku sangat tidak percaya dengan diriku yang terlanggar macam macam dan tak pernah bawa kereta sorang diri ke office berjaya bawa kereta balik Perak seorang diri mengambil mak untuk dihantar ke Kelana Jaya.Alhamdulillah mak selamat pergi menunaikan haji 8 December lalu.Mungkin bagi orang lain drive sendiri KL ke Perak perkara kecil tapi bagi aku ia amat besar dan aku terpaksa melawan ketakutan yang teramat sangat untuk melakukannya.Jalan sungguh mencabar kerana hujan lebat dan sedang dibaiki.Terima kasih yang memberi laluan dan yang menghadiahkan horn bila aku salah lane.Banyak kali jugalah kete manual aku tu mati mati enjin terutama masa jem dan ramai yang menanti dengan sabar dibelakang.Paling takut masa dekat tol sebab kereta belakang horn panjang sangat sebabnya aku kena turun kereta untuk sentuh kad touch n go sebab aku berenti jauh sangat dan aku tak sampai sentuh dengan hanya membuka tingkap.Pengalaman ini sangat manis dan berharga bagiku.Sampai Pantai Remis sempat kerumah Tiah bagi hadiah kahwin Tiah yang aku tak dapat menghadirinya.Buat Tiah dan Fauzi selamat pengantin baru,semoga bahagia berkekalan ke ahkir hayat.Ramai orang datang ke rumah dan ia menjadi majlis kecil yang meriah.Akhirnya aku rasa dapat menjadi kakak yang bertanggungjawab.hehehe