Tuesday, October 28, 2008

Riadah..

Hari nie aku pergi berjoging di taman lepas balik kerja.Taman agak sesak dengan orang ramai, siap bawa tikar untuk duduk duduk macam piknik walhal tasik taman tu tak la cantik mana pun sebab ia tasik buatan.90% daripada pengunjung taman adalah bukan melayu.mereka nampaknya mengorak langkah lebih awal dalam penjagaan kesihatan.Ramai yang bukan hanya bejalan petang petang tapi bersungguh sungguh berjogging dan buat senaman.Aku kagum dengan seorang makcik yang aku rasa dia mix Melyu-Inggeris.Aku berselisih dengan dia dua kali dalam satu pusingan larian.Dia pula dalam keadaan berlari (jogging la kan) bukan macam aku yang kerap mengelat -berjalan bila masa naik dan turun bukit.Aku berlari bila jalan rata sahaja dan aku tak mampu maintain berlari satu pusingan macam mak cik itu.Aku rasa tercabar,stamina dia yang lebih tua dari aku lebih kuat dan tentunya perut dia lebih mantap tanpa lebihan lemak.jadi aku berazam agar aku dapat berjogging dua kali seminggu supaya stamina aku meningkat.Lepas nie boleh la buat tiga pusingan tanpa henti dan berkenalan dengan mak cik itu hehehe

Friday, October 24, 2008

off day..

Rasa kecewa teramat kerana tak dapat mengupload gambar buku yang baru kuhabiskan.Antara gambar dan isi tentukah isinya yang penting tapi bukankah gambar akan menceritakan seribu perkataan…aku akan review buku yang bertajuk Tenggelamnya kapal Van Der Wijck itu selepas berjaya memindahkan gambar dari kamera ke blog ini.Hari nie aku cuti.Seronok duduk rumah tonton TV dan buat kek prun resepi dari Ain.Terima kasih Ain kek itu jadi dan sedap rasanya.Tadi aku tonton Discovery Channel pasal puak Mek yang tinggal di Barat Papua .Dua wartawan yang gigih (Mark dan Ollie) cuba tinggal bersama puak itu untuk menyelami kehidupan mereka.Aku tertarik dengan satu dua patah perkataan yang digunakan oleh puak itu menyamai perkataan dalam bahasa Melayu seperti ‘boleh’ dan ‘tino’(betina)ada gak nama mereka seperti nama orang muslim seperti ‘Musa’ dan ‘Mariam’ tapi wartawan tu tak pulak mencari mana datang pengaruh unsur luar dalam kehidupan puak tu walhal mereka tinggal jauh di puncak gunung.Kehidupan mereka teramatlah simple dengan kaum perempuan yang tak berbaju cuma menutup bahagian bawah pinggang mereka dengan rumput yang nampak macam skirt.Kaum lelaki pulak hanya menutup barang diaorang dengan sejenis labu yang dipanggil ‘koteka’.Sungguhpun macam tu kaum ni ada juga lah peradaban.Sesiapa yang bersalah tetap akan di adili dan di hukum.Politik dalam pentadbiran juga wujud tapi dalam situasi paling mudah.Kadang kadang terbayang pula kalau hidup kita semudah puak Mek itu.Perkataan ‘blog’ pun belum tentu kita boleh sebut .

Sunday, October 5, 2008

Raya...

Salam aidilfitri buat semua yang menganali aku.Maafkan aku buat semua penghantar sms yang tidak dibalas.aku amat sibuk.cuti cuma dua hari.aku pulang kekampung halaman pada malam raya dan kembali ke sini paha hari raya kedua.sakit lutut menekan clutch masih terasa.alhamdulillah perjalananku selamat.mujur emak memahami cuti terhad ini..

Tuesday, July 22, 2008

Ombak Bukan Biru

Ombak Bukan Biru
Penulis: Fatimah Busu
Penerbit: Pekan Ilmu Publication
Cetakan pertama : 1977
Halaman: 374
Harga: RM18.90
Aku memang peminat Fatimah Busu.Cerpennya seperti Anak Bumi Tercinta dan Nasinya Tumpah telah ku baca seawal 10 tahun dan setiap kali membacanya sehingga kini ia pasti diselingkan dengan deraian air mata.
Walau bagaimanapun, Ombak Bukan Biru bukan sebuah novel yang menagih air mata.Ia adalah sebisan pengalaman seorang wanita yang ditulis dengan begitu telus dan teliti.Aku terasa Imrah berada di mana mana apabila mambaca novel ini.Watak Imrah begitu hidup bukan seperti gambaran streotaip novel novel cinta yang watak utama selalunya wanita yang cantik,disukai semua orang dan membuat tindakan yang tepat pada setiap masa.
Imrah adalah guru biasa yang juga ada naluri untuk menyintai dan dicintai.Cinta antara Imrah dan Yamin adalah cinta normal dan direstui.Namun bila cinta itu di khianati Imrah berang.Tanpa usul periksa Yamin manjadi mangsa.Imrah terlalu emosional.Yamin ditinggalkan bersama cinta mereka yang pernah mekar.
Imrah seorang penggemar seni bahkan seorang penari.Hobi ini mendekatkan dia dengan Celine dan menjadi penyebab peertemuan Imrah dengan Laurence.Ini cinta kedua tapi bagi Imrah ia cinta yang sebenar benar cinta.namun cinta ini bukan cinta biasa bagi masyarakat melayu ketika itu.Cinta sejati Imrah mendapat tetangan hebat keluarganya terutamanya bapanya sampai bapanya kembali ke rahmatullah.
Antara keluarga dan cinta,Imrah memilih cinta hatinya Laurence.Pilihan ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang wanita melayu.Imrah bukan anak orang sebarangan.Dia masih kenal dirinya seperti katanya “Ya, Rabbi! Apakah petir telah membelah kepaka aku ihi?Aduh anak Pak haji! Aduh anak mak hajjah! Bukan petir! Bukan halilintar! Anak pak Haji ingat Maghrib.Anak Pak haji ingat Isyak.Anak pak haji Ingat subuh.Anak Pak haji ingatZohor.Anak Pak Haji ingat Asar”(m/s 66)
Roda kehidupan Imrah bagaikan ke bawah apabila memilih Laurence.Pilihan yang menbenarkan kata hati namun bukan bermakna ia abadi.Rumah tangganya bergoncang dilanda badai dengan kehadiran Caroline.Gadis itu memang cuba meggoda Laurence.Bagi Laurence tiada salahnya melayan Caroline tapi Imrah masih bertakhta di hati.Namun bagi Imrah ini bukan mainan.Perasaannya bagai di hiris sembilu.Imrah mengambil keputusan meninggalkan Laurence dalam keadaan dia sarat mengandung.Imrah nekad membawa diri ke Kuala Lumpur.Tindakan ini memang berlandaskan perasaan semata mata.(aku juga selalu bertindak sebegini-menyakiti orang lain dan diri sendiri untuk kepuasan yang sementara)
Imrah akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya apabila bayinya meninggal dunia.Hal ini tentunya memberi kemenangan total kepada pihak yang kurang senang dengan Imrah.Kehidupan gadis cekal ini bukan berakhir di situ.Dia begitu mempercayai nalurinya.Kehiduannya adalah takdir yang ditentukan Tuhan bukan sesiapa.Imrah terus mengorak langkah memohon kerja sebagai pramugari dengan harapan Laurence akan tersembul dimana mana ketika pesawat membawanya terbang ke langit biru…

Tuesday, June 17, 2008

dari salina ke langit petang...

Setakat ini hanya tiga buah buku yang dapat kuhabiskan semenjak pesta buku April lalu,iaitu Dari Salina ke langit Petang,Ombak Bukan Biru dan Bedar Sukma Bisu.Aku agak kecewa sebenarnya.Terasa masa begitu pantas berlalu.Banyak juga acara yang berlaku sepanjang hari hari itu.Antaranya percutian ke Pulau Tioman dan majlis perkahwinan Zura.
Aku akan mulakan dengan buku pertama,dari salina ke langit petang.Perkara paling susah adalah untuk menjawab soalan ‘ko bca buku ape tu?’ jawapan pendek buku cerita.soalan susulan’ cerita tentang ape?’ emm tak sebenarnya tentang macam mana A.Samad Said menjadi penulis,dan soalan lagi ‘A.Samad Said tu sape?’ huh… susah bukan membaca buku ini di tempat umum yang ada rakan rakan kita.Tapi aku baca juga kerana aku tak ada banyak masa untuk menghadam buku ini di dalam bilik sambil dengar radio.
Buku ini… bagi aku cerita paling ikhlas dari seorang penulis bagaimana dia menjadi penulis.Paling banyak diterangkan apa yang seorang penulis itu perlu ada dan perlu baca.Diceritakan juga bagaimana penulis penulis hebat menjadi penulis.Tidak tahu kenapa dan di mana… aku suka buku ini dan aku akan baca sekali lagi
Aku kadangkala teruja dengan bagaimana cara seorang penulis dapat menulis apatah lagi menghasilkan sebuah karya hebat.Bagi Pak Samad bakatnya berkembang tanpa disedari sejak zaman kanak kanaknya,dihidangkan cerita cerita lisan daripada ibunya.Misalnya cerita batu belah batu betangkup.kemudian cerita lisan dari guru darjahnya dan jiran beliau.Pengalaman itu kemudiannya dikembangkan kepada pembacaan buku buku dan akhirnya diskusi bersama rakan rakan seangkatan.Akhirnya sebuah karya besar mula digarap…Salina.

Sunday, April 13, 2008

Pesta buku 2008


Ini adalah buku buku yang aku beli semasa Pesta buku untuk kujungan pertama, Khamis 9 April.Hari bekerja, jadi orang tak berapa ramai.Ada banyak masa untuk belek-belek, baca synopsis dan curi curi baca isi kandungan buku.Kuantiti buku yang aku beli kali ini rasanya lebih banyak daripada tahun lepas.Rasanya semua buku yang aku ingin dapatkan aku telah dapat.Tapi ada juga berberapa buku yang aku cari tiada di sini.Bila bawak balik rumah, rak buku sedia ada sudah tak muat.Aku terpaksa susun atas rak atau lepas ini terpaksa membeli rak buku baru.

Ini adalah kunjungan kali kedua.Kali ini PWTC sangat sesak dan padat.Penuh manusia pembaca,penulis dan pengaut keuntungan daripada buku-buku.Mulanya aku ingin menambah berberapa buku,namun kepadatan manusia yang terlalu tinggi aku membatalkan niat itu.Akhirnya aku memtuskan untuk mengambil gambar sahaja hehehe.Selepas ini hari hariku akan menjadi sibuk dengan buku buku baru ini.

Thursday, April 3, 2008

Buku minggu ini

Gambar pertama adalah hadiah belated birthday aku dari Suraya.Terima kasih cik Suraya.Cebisan Keajaiban adalah sebuah komik jepun yang berbahasa Melayu.Aku agak janggal mulanya membaca buku dari belakang ke depan.Aku belum membaca hingga tamat.Jadi tak boleh la nak tulis lebih lebih.Gambar kedua adalah novel yang aku pinjam dari Farah.Agak menajubkan dalam kesibukan proses flow baru yang serabut di tempat kerja aku berjaya menamatkan novel ini kurang dua minggu.Syedney Sheldon memang hebat.Secara keseluruhannya novel ini adalah kisah pembunuhan lima lelaki oleh seorang wanita,Ashley Petterson.Mulanya adalah perjalanan kehidupan Ashley yang kelihatan normal.Anak seorang doktor pakar yang disegani dan bekerja di sebuah syarikat komputer.Kemudian timbul dua watak lain,Toni Presscott dan Alette Peters.Kemudian berlakulah pembunuhan demi pembunuhan yang menyebabkan kita tertanya tanya siapakah pembunuhnya.Rupanya setelahlah disiasat oleh FBI semuanya dilakukan oleh si Ashley ni.Lepas tu cerita pasal perbicaraan Ashley di mahkamah yang mana peguamnya dipilih secra mutlak oleh bapa Ashley walaupun dia tidak lagi menjadi peguam jenayah.Ketika ini aku memang kesian dengan dugaan demi dugaan yang di alami peguam nie David Singer, yang terpaksa membela Ashley sebab telah terhutang budi kepada bapanya Dr Petterson.mulanya diaorang memang dah kalah.David membawa hujah Ashley tidak bersalah sama sekali kerana perlakuan beliau adalah dibawah pengaruh MPD (Multiple Personality disorder) yang mana ada dua wayak lain atau alter lain dalam dirinya yang mengunakan dirinya semasa berlaku pembunuhan itu.perkara ini dapat dibuktikan melalui proses hipnosis.Personaliti Ashley berubah sama sekali semasa melalui hipnosis tersebut.Selepas diaorang menang di mahkamah bermulalah episod psikologi untuk membuang alter dalam diri Ashley.Menurut penulis ada pesakit MPD mempunyai lebih 30 alter dan paling banyak 90 alter.Huh tak dapat aku bayangkan macam mana kehidupan pesakit tu.Pelakon pun kalah gamaknya sebab setiap jam dia boleh membawa watak berbeza.Akhirnya kita akan tahu bagaimana Ashley mendapat penyakit MPD itu.Begitu lah ceritanya novel English yang direview dalam bahasa melayu....