Saturday, May 19, 2007

From Taiping with love

Maka barulah kutahu kena PC ini kedudukannya di sengetkan.Sebabnya ini mungkin satu satunyaPC staff yang dapat akses ke internet.Patutlah orang yang duduk disini sebelum aku memusingkan45 darjah.
Tiga buah buku telah tamat dibaca sepanjang percutian selama 6 hari.Pertama novel Jian,kedua Bila Tuhan Berbicara dan ketiga Kalashnikov.Jian adalah sebuah novel fiksyen Sains yang menarik mengisahkan kejadian ganjil di Jian Pahang (Tak sempat rujuk atlas dirumah sama ada tempat ini benar-benar wujud atau tidak) Paling menarik kematian ngeri para saintis dan orang kampung yang berbuhuhan sesama mereka.Novel Bila Tuhan Berbicara menyingkap banyak persoalan agama dan falsafah.Walaupun ia kelihatan agak santai dengan dialog dialog tetapi sangat tepu dengam maklumat yang perlu difikirkan.Novel Kalashnikov pula adalah yang pertama kubaca (semasa menunggu train balik dari Pesta buku) juga menarik tapi aku tak faham sangat.Mungkin perlu pembacaan kali kedua.

Friday, May 11, 2007

Sebelum balik Kampung

Assalamualaikum...
Entri ini ditulis berberapa jam sebelum aku balik Perak.Sudah seminggu tidak membuka blog kerana ada training dan office kami telah memblock internet.Aneh bukan kami pembekal perkhidmatan internet tapi tidak dibenarkan melayari internet.Tapi apalah kuasa yang ada pada kami untuk membantah keputusan yang tersurat.Novel Sangeetha telah kutamatkan semalam.Penamatan yang tidak menyeronokkan kerana meninggalkan banyak lompang kosong untuk difikirkan.Antaranya mengapakah derus tidak dapat mengucap sewaktu ajalnya tiba sedangkan dia seorang yang cukup taat dalam beragama dan mengapakah yang mengajarkan Derus mengucap itu Sangeetha? Banyak persoalan masih memenuhi kotak fikiran.Malam ini aku akan cuba tamatkan novel Jian.Novel fiksyen yang bagus kerana ada banyak fakta Sains untuk dicerna.Tidak sabar rasanya untuk mengetahui kesudahan misteri yang berlaku.Semalam juga aku telah membaca Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Novel yang kubeli setelah menjadi pendengar wacana penulisnya semasa di pesta buku.Ia juga merupakan sebuah novel yang susah dilepaskan jadi aku tidak membawanya bersama pulang ke kampung.Mak memang tidak suka aku menghabiskan banyak waktu untuk membaca di rumah.Dia ingin berbual bual denganku barangkali.Tapi kadangkala aku terasa tidak banyak yang dapat aku kongsi bersamanya.Aku bukan jenis orang yang suka berkongsi segalanya dengan orang lain.Ada perkara tertentu yang kurasa lebih baik disimpan dalam lipatan diari.Mak juga tak suka aku membuat aerobic dirumah.Jadi kali ini aku tidak membawa cd aerobic balik ke kampung.walaupun aku baru membeli sebuah cd baru petang tadi.Semoga aku dapat menjadi anak yang memenuhi piawaian balik nanti.

Monday, May 7, 2007

Pesta Buku

Semalam aku pergi Pesta lagi.Semalam hari terakhir.Aku pergi sorang.Jadi lebih bebas bergerak kemana yang aku mahu.Kali ini aku membeli hampir 20 buah buku termasuk buku rujukan buat Azrul,Suliana dan Zuddin yang memanggilku kakak walaupun aku bukan kakak mereka.Semalam aku rasa sangat puas hati dapat beli buku yang aku nak cuma aku masih tidak jumpa dengan Kekasih Sang Po Po.Aku jumpa Fadz yang di gerai DBP yang sempat memberi sebuah majalah yang aku belum sempat menyelaknya.Aku juga ditemukan dengan Sinaganaga,Mat Jan,Spy 2 dan Vovin oleh Fadz.Buku Kalashnikov kubeli dari Sinaganaga bagaikan barang haram.Sebelum balik aku sempat duduk di depan pentas melihat pelancaran novel drama Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Akhirnya novel itu kubeli walaupun tidak masuk dalam senarai dan novel itu ada tandatangan penulisnya.

Thursday, May 3, 2007

Sangeetha-310

Ditengah tengah pembacaan terasa Azizi begitu cermat meletakkan perasaan seorang wanita- Sangeetha.Kadang kadang perlakuan tidak selaras dengan perasaan.Ini perkara biasa dalam kehidupan seseorang wanita.Perlakuan pula kadangkala sangat bertentangan dengan emosi yang ingin disampaikan.Dalam novel ini segalanya terungkap dengan indah dan berseni.Membaca buku ini membuatkan aku teringat akan warga emas yang pernah kukenali dan sifat dan perlakuan mereka seakan sama dengan Sangeetha.

Wednesday, May 2, 2007

Sangeetha-257

Aku masih mengunyah dan menghisap madu dari Sangeetha karya Azizi Hj Abdullah.Novel baru dari pesta buku.Belum tamat kerana aku membacanya lambat lambat dan penuh penghayatan.sememangnya ia novel yang hebat.Terasa sayang untuk berenggang dengannya.Setakat ini baru di muka 257.Dari muka pertama jika dipendekkan ceritanya cuma cerita kesepian seorang janda tua yang menghabiskan sisa sisa hidupnya bersendirian bersama tabla,seekor kucingdan seekor burung tekukur peninggalan mendiang suaminya dan cerita seorang posmen tua yang setia bekerja di rumah janda tua tersebut.Garapan hari demi hari kisah dua insan tua yang begitu sepi dan terbiar mengheret aku terus membaca novel ini tanpa jemu cuma masa tidak mengizinkan kerana aku perlu pegi bekerja dan melaksanakan tugas tugas lain.Hairan bukan, intipati cerita seringkas itu yang ditulis berjela jela gagal membosankan malah menarik minat yang bukan sedikit untuk menyelak helaian demi helaian.Nampaknya ada perasaan halus antara dua insan tua ini.Apakah itu namanya cinta???? tunggu aku habiskan novel ini...

Monday, April 30, 2007

PAC/pesta buku

Maka semalam tamatlah PAC assessement aku.Kursus PAC begitu mencabar dan memenatkan.Tapi paling menarik untuk diingati terutama sessi bahas ala parliment.Rasa kembang sebentar kerana semua orang perlu dipanggil YB.Semua orang cakap berapi api.Maklumlah menjadi ahli politik.Semua nampak berbakat dan bersungguh-sungguh berbahas menegakkan benang basah supaya jadi menang dimata panel penilai.Lari naik turun bukit sebanyak dua kali di INTAN juga best.Tak sesia latihanku berjoging di taman depan rumah sebab jadi antara yang terawal menamatkan larian.Paling takut sessi pengucapan awam.Kalau ada syiling dalam poket pasti akan berbunyi bunyi.Gementarnya seperti hendak pecah jantung.Dan kini bolehlah berhenti sementara membaca buku buku politik dan perlembagaan. Memandangkan aku sudah boleh baca buku buku lain tadi aku pun pergilah ke pesta buku di PWTC.Terima kasih kepada Ed yang tolong mengingatkan.Banyak juga buku yang sempat dibeli.Antaranya buku Sangheta, Enrique mengundang jauh,Jian dan lima enam buah buku lagi.aku juga berjumpa kenalan baru yang juga seorang penulis (kawan Ed sebenarnya).terima kasih kerana menghadiahkan majalah yang best itu.semoga minggu ini tidak sibuk untuk menghabiskan buku buku baru itu...

Wednesday, April 11, 2007

Mari ketawa sensorang

semalam aku terbaca satu joke.begini bunyinyer..
bebaru ni, org german gali 100m ke dalam tanah ...dan diaorang jumpa wayer copper ...... waaa .... kome tahu apa german ni cakap........ dan dok pk ..... " maybe tok nenek depa dulu dah ada line tepon "
org amerika tak puas ati ..... dia pun gali juga ....... tahu apa depa jumpa ...... ? depa jumpa fiber ......
jadi , depa pun dok ingat , dulu-2, tok nenek depa juga dah maju ke depan sebab dah ada fiber-optik ....
then .... ada satu mamat melayu ..... dia memang tak puas hati dengan kenyataan org german dan amerika tuh .....
jadi , dia pun gali lah ..... 100m .... tak jumpa apa-2 ... gali lagi ...... dan lagi ....
habuk pun tarak .......
at last , mamat melayu ni buat kesimpulan ....... tok nenek org melayu lebih maju dari tok nenek org german dan amerika, sebab nya ...... kita dah lama guna wayerless
...dan hari nie aku sedang tersenyum sorang sorang kat office