Tuesday, August 14, 2007

kaca di jendela

Tadi di Office terbaca satu artikel dari DM.Antara isi yang masih kuingat dan terfikir hingga saat ini adalah sudah 700 tahun bangsa Melayu -Islam sudah mempunyai negeri dan kerjaan.Bermula dari kerajaan Melayu Samudera Pasai hingga Kerajaan Melayu Melaka.Cumanya bangsa ini dijajah silih berganti oleh kuasa besar yang dominan seperti Portugis,Belanda Inggeris dan Jepun.Jadinya bangsa kita ini sudah punya ketamadunan yang kukuh sejak awal lagi dan tamadun itu tercampur aduk dengan pelbagai variasi persekitaran.Kemerdekaan cumalah lambang pembebasan dari Inggeris dan permulaan tanah melayu ini dikongsi bersama kaum lain.Hingga saat ini aku masih terfikir fikir dan tercari cari satu kesimpulan yang entah dimana..

Monday, August 13, 2007

saje saje....

Hari tu berkobar kobar hendak menulis tentang buku yang aku beria ambil gambar menggunakan webcam.Buku yang aku hampir-hampir tamat itu aku tidak tahu dimana.(mungkin ada rakan serumah yang meminjamnya dan belum berkesempatan memulangkannya) sungguh aku tak tahu dimana ia sekarang.Selepas exam dan minggu yang banyak aktiviti itu aku pun demam.Seperti biasa mak akan suruh aku pulang ke kampung.Seperti biasa juga emak akan membuat andaian aku demam sebab diet.Diet kah aku? ahhh susah menjadi perempuan, tak makan dikata diet.makan berlebihan dikata pula tak jaga badan.Sekarang sudah balik KL.Kota penuh warna warni dan orang orang yang beraneka ragam.Pastinya terpaksa meneruskan kerja supaya mendapat bayaran di hujung bulan. Kenapakah selalu menggunakan perkataan 'terpaksa ' untuk menunjukkan aktiviti bekerja.Siapalah yang memaksa aku bekerja disana ye.Bukankah aku yang beria pergi temuduga untuk mendapat kerja itu? bukankah aku yang berlakon sakan semasa temuduga tersebut? ohhh sungguh tidah sesuai perkataan terpaksa itu digunakan untuk 'kerja' yang kita lakukan setiap hari.

Monday, August 6, 2007

buku oh buku...

Ini buku yang sedang saya baca.lagi berberapa muka akan tamat.saya akan menulis tentangnya kemudian.kerana saya perlu tidur....

Sunday, August 5, 2007

kita bertemu lagi...

Setelah sekian lama mananti akhirnya aku dapat memiliki lap top sendiri.Aku membelinya dua hari lepas menggunakan duit aku sepenuhnya.Terasa betapa nikmat dan berharganya sesuatu yang dibeli dengan titik peluh sendiri.Terima kasih buat Ila yang turut menyumbang keringat membawa lap top dari Low Yat ke rumahku.Ini adalah entri pertama yang ku tulis dari lap top baru ini.Entri ini ditulis sambil menonton CSINY.Terasa kekok pula untuk menyambung patah patah perkataan kerana sudah lama aku tidak menulis blog.
Semalam aku pergi exam lagi.Exam yang perlu diduduki kerana aku gagal assesement tempoh hari.Aku rasa kali ini ramai calon yang datang buat kali kedua dan seterusnya.Sama ada gagal exam atau assessement.Kali ini dewan yang sepatutnya diduduki 80 calon hanya dipenuhi 23 calon.Semua orang sudah malas untuk pergi exam agaknya.Tapi bagiku ia perlu diteruskan.Perjuangan itu seharusnya sampai ke titik terakhir.Kegagalan hanya berlaku apabila kita berhenti mencuba.
Sebenarnya aku mahu menulis tentang satu buku baru tapi aku belum habis membacanya.Bukan buku baru tapi lama aku yang baru menjumpainya.Aku rasa aku perlu naik atas dan membaca buku itu hingga tamat.Malam ini atau esok boleh menulisnya disini.CSI ini walaupun menarik boleh diulang tonton malam nanti.

Saturday, May 19, 2007

From Taiping with love

Maka barulah kutahu kena PC ini kedudukannya di sengetkan.Sebabnya ini mungkin satu satunyaPC staff yang dapat akses ke internet.Patutlah orang yang duduk disini sebelum aku memusingkan45 darjah.
Tiga buah buku telah tamat dibaca sepanjang percutian selama 6 hari.Pertama novel Jian,kedua Bila Tuhan Berbicara dan ketiga Kalashnikov.Jian adalah sebuah novel fiksyen Sains yang menarik mengisahkan kejadian ganjil di Jian Pahang (Tak sempat rujuk atlas dirumah sama ada tempat ini benar-benar wujud atau tidak) Paling menarik kematian ngeri para saintis dan orang kampung yang berbuhuhan sesama mereka.Novel Bila Tuhan Berbicara menyingkap banyak persoalan agama dan falsafah.Walaupun ia kelihatan agak santai dengan dialog dialog tetapi sangat tepu dengam maklumat yang perlu difikirkan.Novel Kalashnikov pula adalah yang pertama kubaca (semasa menunggu train balik dari Pesta buku) juga menarik tapi aku tak faham sangat.Mungkin perlu pembacaan kali kedua.

Friday, May 11, 2007

Sebelum balik Kampung

Assalamualaikum...
Entri ini ditulis berberapa jam sebelum aku balik Perak.Sudah seminggu tidak membuka blog kerana ada training dan office kami telah memblock internet.Aneh bukan kami pembekal perkhidmatan internet tapi tidak dibenarkan melayari internet.Tapi apalah kuasa yang ada pada kami untuk membantah keputusan yang tersurat.Novel Sangeetha telah kutamatkan semalam.Penamatan yang tidak menyeronokkan kerana meninggalkan banyak lompang kosong untuk difikirkan.Antaranya mengapakah derus tidak dapat mengucap sewaktu ajalnya tiba sedangkan dia seorang yang cukup taat dalam beragama dan mengapakah yang mengajarkan Derus mengucap itu Sangeetha? Banyak persoalan masih memenuhi kotak fikiran.Malam ini aku akan cuba tamatkan novel Jian.Novel fiksyen yang bagus kerana ada banyak fakta Sains untuk dicerna.Tidak sabar rasanya untuk mengetahui kesudahan misteri yang berlaku.Semalam juga aku telah membaca Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Novel yang kubeli setelah menjadi pendengar wacana penulisnya semasa di pesta buku.Ia juga merupakan sebuah novel yang susah dilepaskan jadi aku tidak membawanya bersama pulang ke kampung.Mak memang tidak suka aku menghabiskan banyak waktu untuk membaca di rumah.Dia ingin berbual bual denganku barangkali.Tapi kadangkala aku terasa tidak banyak yang dapat aku kongsi bersamanya.Aku bukan jenis orang yang suka berkongsi segalanya dengan orang lain.Ada perkara tertentu yang kurasa lebih baik disimpan dalam lipatan diari.Mak juga tak suka aku membuat aerobic dirumah.Jadi kali ini aku tidak membawa cd aerobic balik ke kampung.walaupun aku baru membeli sebuah cd baru petang tadi.Semoga aku dapat menjadi anak yang memenuhi piawaian balik nanti.

Monday, May 7, 2007

Pesta Buku

Semalam aku pergi Pesta lagi.Semalam hari terakhir.Aku pergi sorang.Jadi lebih bebas bergerak kemana yang aku mahu.Kali ini aku membeli hampir 20 buah buku termasuk buku rujukan buat Azrul,Suliana dan Zuddin yang memanggilku kakak walaupun aku bukan kakak mereka.Semalam aku rasa sangat puas hati dapat beli buku yang aku nak cuma aku masih tidak jumpa dengan Kekasih Sang Po Po.Aku jumpa Fadz yang di gerai DBP yang sempat memberi sebuah majalah yang aku belum sempat menyelaknya.Aku juga ditemukan dengan Sinaganaga,Mat Jan,Spy 2 dan Vovin oleh Fadz.Buku Kalashnikov kubeli dari Sinaganaga bagaikan barang haram.Sebelum balik aku sempat duduk di depan pentas melihat pelancaran novel drama Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Akhirnya novel itu kubeli walaupun tidak masuk dalam senarai dan novel itu ada tandatangan penulisnya.