Tuesday, June 17, 2008

dari salina ke langit petang...

Setakat ini hanya tiga buah buku yang dapat kuhabiskan semenjak pesta buku April lalu,iaitu Dari Salina ke langit Petang,Ombak Bukan Biru dan Bedar Sukma Bisu.Aku agak kecewa sebenarnya.Terasa masa begitu pantas berlalu.Banyak juga acara yang berlaku sepanjang hari hari itu.Antaranya percutian ke Pulau Tioman dan majlis perkahwinan Zura.
Aku akan mulakan dengan buku pertama,dari salina ke langit petang.Perkara paling susah adalah untuk menjawab soalan ‘ko bca buku ape tu?’ jawapan pendek buku cerita.soalan susulan’ cerita tentang ape?’ emm tak sebenarnya tentang macam mana A.Samad Said menjadi penulis,dan soalan lagi ‘A.Samad Said tu sape?’ huh… susah bukan membaca buku ini di tempat umum yang ada rakan rakan kita.Tapi aku baca juga kerana aku tak ada banyak masa untuk menghadam buku ini di dalam bilik sambil dengar radio.
Buku ini… bagi aku cerita paling ikhlas dari seorang penulis bagaimana dia menjadi penulis.Paling banyak diterangkan apa yang seorang penulis itu perlu ada dan perlu baca.Diceritakan juga bagaimana penulis penulis hebat menjadi penulis.Tidak tahu kenapa dan di mana… aku suka buku ini dan aku akan baca sekali lagi
Aku kadangkala teruja dengan bagaimana cara seorang penulis dapat menulis apatah lagi menghasilkan sebuah karya hebat.Bagi Pak Samad bakatnya berkembang tanpa disedari sejak zaman kanak kanaknya,dihidangkan cerita cerita lisan daripada ibunya.Misalnya cerita batu belah batu betangkup.kemudian cerita lisan dari guru darjahnya dan jiran beliau.Pengalaman itu kemudiannya dikembangkan kepada pembacaan buku buku dan akhirnya diskusi bersama rakan rakan seangkatan.Akhirnya sebuah karya besar mula digarap…Salina.