Tuesday, November 10, 2009

setelah sekian lama


Tetiba terasa hendak mengupdate blog kerana membaca blog-blog orang yang hebat hebat.Seperti biasa saya mula memikir-mikir apa yang perlu ditulis selepas ayat pertama tadi.Mungkin saya boleh mulakan dengan pencapaian saya memandu bersendirian ke bakal rumah baru kami di sungai Penchala.Ini mungkin perkara biasa bagi orang lain tapi perkara besar bagi saya.Bagi saya keadaan jalan ke rumah itu sangat mencabar.Tapi dek kerana keterpaksaan saya gagahi jua ke sana selepas balik berjogging di Taman Kiara petang tadi.
Emmm teringat pula buku The Missing Piece yang belum habis saya baca.Ini karya Fatimah Busu,penulis kegemaran saya.Cerita dalam novel terbesar Malaysia ini juga adalah seperti sambungan novel novel Fatimah busu yang lain seperti Ombak bukan Biru.
saya sebenarnya inginkan gambar muka depan novel 867 muka surat itu di bawah tulisan ini tapi bila saya upload jadi di atas pula.tapi kira OK jugalah kan...

Tuesday, June 16, 2009

Hii



Hi lama sangat dah tak menulis.Alasan pertama sibuk, kedua laptop antar format dan ketiga MALAS.Dan aku rasa alasan ketiga paling kuat kot.Aku sedang baca dua buku pertama Zikir rindu dan kedua Love in a Torn Land.Buku pertama sikit lagi nak abis dan selalu rasa nak baling sebab kecewa sangat sebab susah nak faham dan buku kedua baru mula baca lagi.buku nie best ramai yang bagi 4 bintang.Nanti aku tulis lagi pasal buku buku ini...

Tuesday, April 7, 2009

Teater




Sabtu lalu aku pergi menonton teater di Istana Budaya.Ini adalah kali pertama dalam hidupku aku menonton teater,dan aku baru tahu juga bangunan berkubah cantik berhampiran hospital itu Istana Budaya.Sebelum ini entah mengapa aku sangkakan itu adalah Perpustakaan Negara.Terima kasih buat Emon yang menyumbang tiket kepada kami.Mulanya kami hampir hampir menbatalkan hasrat menonton teater ini kerana kesukaran mendapatkan tiket yang di tempah secara online oleh Emon.Kami sudah berkira kira untuk meninggalkan Istana nan indah ini dan mencari GSC dan TGV berhampiran sambil mengutuk ngutuk ketidakcekapan sector yang terlibat.Namun kesabaran seorang petugas yang kelihatan kacak dengan baju batik ala ala mat belia dan seorang mak cik menghalang kami untuk melangkah pergi.Akhirnya kami mendapat tiket setelah kaunter tiket dibuka semula jam 8 malam tanpa rasa bersalah oleh seorang penjaga kaunter.Tajuk teater ini:Mimpi diarahkan oleh Jim O’Connor.Kagum juga rasanya teater berbahasa melayu ini diarahkan oleh seorang mat saleh.Panggung teater tidaklah seperti yang aku gambarkan sebelum menonton, yakni seperti pentas penyampaian hadiah disekolah.Rupanya ia sebuah ruang sederhana besar yang ada kerusi seperti di stadium dan pentasnya tidaklah lebih tinggi dari penonton.Persembahan dimulakan oleh kata kata aluan kepada penonton dan kemudian semua diminta berdiri bagi menghormati lagu Negaraku.Rasanya ini kali pertama aku menyanyi lagu ini untuk tahun ini.Selepas itu teater pun dimulakan dengan prop prop yang menghairankan aku seperti lampu yang turun dari siling dan katil yang boleh disorokkan.Ia mengisahkan dua pasangan yang saling tidak menyukai antara satu sama lain di alam nyata dan makhluk lain dari alam lain yang turut bersengketa tetapi menyumbang kepada perjalanan watak dua pasangan tadi.Aku agak jalan cerita ini dan dialog dialog pelakon agak berat,menjadikan aku tidak faham 100 peratus.Mungkin kerana aku penat sebab baru balik kerja atau aku memang lambat menghadam dialog puitis sebuah teater yang dengarnya juga merupakan adaptasi karya William Shakespeare berjudul a midsummer night's dream.Teater ini dibahagikan kepada empat babak yang berkesinambungan dan menjadikan persoalan cinta antara lelaki dan wanita pokok persoalan dan kekusutan hubungan tersebut diakhiri dengan happy ending.Dialog dalam teater ini sungguh panjang dan penuh falsafah hingga menjadi topic penceritaan kami dalam perjalanan pulang.Kesimpulannya persembahan anak anak seni dari jabatan teater UITM Shah Alam ini adah sesuatu yang memukau,sekurang kurangnya buat aku yang pertama kali memonton tearter ini.Semoga selepas ini aku punya ruang lagi untuk menonton teater sebegini.

Sunday, March 15, 2009

Warkah dari Banting

Cuti sabtu dan ahad adalah jarang jarang untuk orang yang berkerja dalam sektor perkhidmatan pelanggan seperti aku.Tetapi minggu ini aku cuti sabtu dan ahad kerana ada training dari hari Selasa hingga Khamis yang lalu.Mulanya rasa tak keruan,terlalu banyak ingin ku lakukan.Terkadang terlintas juga di kepala untuk berbaring dan menikmati buku buku di rumah sahaja.Malangnya kita hanya merancang.Panggilan untuk bertanya khabar mengheret aku ke Banting.bertemu rakan yang sudah lama tidak bersua.Mujur isi rumahnya masih ramah menerima kunjungan aku yang seperti kacang lupakan kulit ini.Ini kunjungan pertama selepas aku tamat belajar,hampir tiga tahun.Tidak banyak yang berubah,cuma anak anak yang pernah kukenali sudah membesar dan bertambah jumlahnya.Rakanku masih sama.Tahniah kerana hampir manamatkan sarjana kejuruteraannya.Jiwanya masih sama merasa menjadi melayu dan berbahasa Melayu itu hebat.Aku kagum dengan dia dan prinsipnya.Nyata perbukitan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menatar corak yang utuh dalam jiwa melayu kami.

Thursday, March 12, 2009

Thanks...



Terima kasih daun keladi untuk hadiah birthday yang awal dari tarikhnya ini.Esok bertambahlah umur aku lagi satu tahun.Macam biasa bila fikir pasal angka angka yang terus menunjukkan pertambahan kita akan kata apa ada pada angka.tapi hakikatnya ia adalah pertambahan usia yang dipinjamkan oleh-Nya.Moga dengan pertambahan usiaku ini aku menjadi manusia yang lebih matang dalam hidup dapat bertindak sejajar dengan kematangan dan pengalaman yang ada.Semoga aku menjadi hamba yang lebih baik dan beriman, anak yang taat,rakan yang disenangi dan teman yang memahami.

Sunday, February 1, 2009

Patah Sayap Terbang Jua - A Samad Ismail



Judul : Patah Sayap Terbang Jua
Penulis : A.Samad Ismail
Penerbit : Creative Enterprise
Bil. Muka Surat : 360

Ada semacam resah yang mengasak aku menghabiskan novel ini.Namun belum tamat lagi baru bab 19 muka 263 Sejak November lalu aku kian gila membaca novel novel A.Samad Ismail.Terima kasih buat Creative Enterprise yang sering mengadakan jualan murah di R&R Tapah.Aku memang tidak pernah lapaskan peluang membli novel novel bermutu sebegini.
Menyelami hari hari yang ruang waktunya amat jauh kadangkala memualkan.Dengan batuk dan kahak dan gambaran persekitaran zaman Jepun itu menjadikan aku cemas,geli dan gelisah.Namun, seperti biasa novel novel sebegini menjadikan aku rela melepaskan luang yang ada untuk bersantai dihadapan kaca televisyen.
Novel ini mengisahkan perjuangan wartawan diambang kemerosotan kuasa Jepun.Rupanya melayu ketika itu tak banyak bezanya pun dengan Melayu zaman ini.Suka berfoya-foya,yang penting sedikit keamanan.menikmati hari hari yang aman seperti zamam British sudah mencukupi.Dapat makan roti berssama majerin dan naik basikal releigh sudah kira bertuah.Perkataan perjuangan amat ditakuti.
Keadaan ini amat kontradik dengan Bangsa Indonesia ketika itu yang memiliki semangat juang yang tinggi untuk menghalau penjajah tidah kira Belanda,Amerika,Inggeris dan Jepun dari negara mereka.Hingga pertengahan Novel ini aku dapat memahami lebih dalam pemikiran yang ada pada bangsaku.. alahai Melayu...

Friday, January 16, 2009

selamat datang 2009



Kata orang hidup ini satu perjalanan.Kita percaya.Aku pun percaya.Bila dan di mana bermulanya perjalanan itu kita tidak pasti sangat.Mungkin saat roh ditiupkan itulah saat mula sebuah perjalanan.Destinasinya semua sudah maklum bila roh itu direntap dari jasad.Dalam perjalanan hidup ini kata ustaz usatazah kita perlu kutip bekalan kerana selepas perjalana itu ada lagi sebuah kehidupan baru.Tapi selalunya kita berlakon sepanjang perjalanan itu.Kita mahu kutip segala khazanah perjalanan yang melengahkan.Aku selalu rasa kecewa andai dalam perjalanan ini tiada sebarang pengisian yang kata ustaz ustazah oleh menambah bekalan……