Monday, December 31, 2007

catatan akhir tahun...

Ini mungkin catatan terakhir untuk tahun ini.2007 bagiku tahun yang cukup berrmakna dalam kehidupanku.Banyak sungguh catatan suka duka yang berlaku.Pengalaman adalah penghias kehidupan bagai air yang terus terusan mengalir.Aku amat menghargai setiap pengalaman yang kulalui dan setiap insan yang kutemui.Hari ini aku kerja.Mungkin mood bercuti sedang menebal di kalangan rakyat Malaysia.Lalu kerja kami pun menjadi ringan dan santai.Dalam keadaan santai begitu kutemui sesuatu.Seorang teman sekerja yang sering kutemui (tapi tidak mengenali) memberi satu kenyataan umum terhadap aku "Sepanjang aku kerja baru hari nie aku nampak dia senyum" Aku tersentak.Benarkah selama ini aku miskin senyuman? Mungkin benar kenyataan tersebut.Pertamanya aku memang susah memulakan sebarang perbualan dengan orang yang tidak aku kenali.Kedua aku selalu menyumbat telingaku dengan earphone MP4 ku ketika berjalan ke tempat kerja dan di dalam lif.Maka aku tidak akan berbual dengan sesiapa yang aku temui (tapi aku rasa aku senyum) Jadi 2008 ini aku perlu menambah kekerapan senyum kepada orang lain.Aku amat bersyukur aku mencapai apa yang kurancang dalam tahun 2007.Namun begitu tidak bermakna ia sempurna.Banyak yang perlu dibaiki.Pengalaman adalah universiti kehidupan.Pengalaman memang mendewasakan serta mematangkan fikiran.Pengalaman pahit juga merupakan pengalaman yang cukup bermakna sebagai bekalan dihari mendatang.Hidup tanpa pengalaman yang pelbagai bagaikan menaiki roller coaster yang tidak bergerak.2007 yang sarat dengan sejuta pengalaman itu akan aku tinggalkan jua.2008 bakal menjelang.Aku mahu menjadi hambaNya yang solehah,anak mithali buat ibuku dan kakak yang baik buat adik adikku.Azam lain akan kusambung dalam diari baru....selamat datang 2008

Saturday, December 29, 2007

Jibam

Ini adalah bacaanku kali yang entah ke berapa.Ini novel adik.Dia baru beli.Aku pernah membelinya sebelum ini tetapi hilang dipinjam orang (kerana tidak dipulangkan).Dulu aku membeli novel ini selepas kenyataan seorang rakan yang tidak suka membaca 'Novel nie aku baca 11 kali'.Rupanya memang benar jika novel ini aku sanggup membacanya walaupun 50 kali.Jibam sungguh istimewa.Dalam novel nipis ini ada ketawa dan air mata.Ada kalanya kita senyum meleret tatkala membacanya.Jibam merungkai misteri kematian Suman dan memaparkan kehidupan penduduk yang jauh di pedalaman,ketinggalan dari arus pemodenan.Dalam Jibam ada watak watak kehidupan yang sungguh realistik dan dialog harian yang tidak dibuat buat.Jibam dikelilingi watak watak yang zalim terhadapnya seperti Tok Ngah sudin dan Usin Singai serta insan yang menyayanginya seperti ibunya Piah,Usup Kidung dan Fakir.Tidandakan Jibam kadangkala melampau seperti meludah dalam telinga Karim Peot dan mengecat seluruh bahagian basikal usin singai .Persengketaan Jibam dengan Tok ngah Sudin berakhir dengan kesudahan yang tak di duga.Aku kira isu paling besar yang ingin ditonjolkan pleh penulis adalah isu tanah dan kaum peribumi yang tidak berpandangan jauh (Percubaan lam Shook membeli tanah keluarga Suman melalui Piah dan Fakir)Isu penindasan kaum sendiri (tok ngah sudin dan keluarga suman ) serta sosiobudaya melayu yang lebih mempercayai tahyul daripada qadak dan qadar (penyingkiran keluarga Suman dari kampung lama mereka) antara nilai baik dalam budaya melayu yang paparkan adalah permuafakatan antara pemduduk kampung dan adanya golongan yang sedar dan berpandangan jauh dalam masyarakat melayu (cth kadir).Sesungguhnya novel ini berjaya memancing minat membaca terhadap golongan yang kurang gemar aktiviti ini.Tahniah buat roomateku yang berjaya menghabiskannya kurang seminggu walaupun sebelum ini kadar pembacaan beliau sama dengan purata bacaan penduduk Malaysia dalam setahun.

Monday, December 24, 2007

Tuhan Manusia

Ahad
23 Dec
10.16 p.m
ws228

Andai kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama.Akhirnya barulah kutahu mengapa saudara Jiwarasa memulakan reviewnya tentang buku ini dengan ayat tersebut.Ia adalah rangkap ayat yang di ulang dalam setiap bab dari pelbagai sudut pandangan watak dan pencerita.Buku ini kutamatkan setelah ia hampir lunyai kerana dibawa ke merata tempat.Ia bermula dengan perjalanan Ali Taqi pulang ke kampung halaman di utara semenanjung.Mulanya aku menjangkakan buku ini di tamatkan apabila beliau selamat sampai,malangnya jangkaanku meleset sama sekali.Isu murtad dan pluralisme yang dikupas amat menarik sekali.Ia umpama membaca puluhan dapatan daripada buku buku falsafah penting.Paling menarik buku ini menarik aku menikmatinya hingga ke helaian terakhir bila ada masa terluang.Gejala pluralisme yang dikupas panjang lebar dalam buku ini amat menarik dan bermakna.Ia dapat difahami dengan jelas kerana dikembangkan beserta fakta yang disokong kukuh terutama dari Al-Quran dan sunnah.Teknik soal jawab dalam majlis ilmu juga amat berkesan kerana ia menjadikan isu yang dibincangkan lebih jelas.Apa yang dapat aku simpulkan daripada buku ini adalah pluralisme merupakan racun yang dibawa dalam kehidupan umat islam supaya menjauhi kehidupan beragama.Racun ini didilindungi oleh botol globalisasi yang menarik supaya keburukannya dilindungi.Rupanya kata kata yang sering kudengar 'the lamps are different but the light is the same,its comes from beyond'adalah kata kata Maulana Rumi yang dipesongkan oleh John Hick.Asalnya ia berbunyi 'the light is not different (tough) the lamp has become different.Ungkapan 'the lamps are different but the light is the same'pernah kubaca sebagai kata kata penutup sebuah filem.Babak akhir memaparkan semua watak berdoa mengikut agama masing-masing.Itulah gambaran terbaik pluralisme.Sebelum ini aku juga termakan dengan ayat tersebut.Semua agama menganjurkan manusia ke arah kebaikan.Buku ini menjelaskan segala-galanya yang ingin kita tahu tentang pluralisme.Terima kasih Faisal Tehrani kerana menghasilkan karya berat dengan bahasa yang tidak menjemukan.Kini barulah kutahu semua bukan cahaya yang dilimpahkan dari lampu yang berlainan dapat kita nikmati.Ada lampu yang mengurung cahayanya,memesongkan cahayanya dan lampu malap yang menjadikan cahayanya kelam.Semasa membaba helaian-helaian terakhir aku menjangkakan Ali Taqi akan berkahwin dengan Zehra untuk menamatkan persengketaan antara mereka,rupanya jangkaanku ini sekali lagi tersilap.

Saturday, December 15, 2007

Training di Menara TM








Semalam,hari ini dan esok ada training di menara TM.Dari tingkat 56 Kuala Lumpur kelihatan begitu kecil.Bangunan bagai kotak kotak yang tak tersusun dan jalan bagai tali-tali yang berselirat.Inikah yang dikatakan melihat dunia dari mata sang burung? Nampak luas dan jauh.Semalam hujan.Aku suka melihat pembentukan awan dari atas sebelum turun sebagai hujan.Bila mendung matahari hanya memancar di kawasan kawasan tertentu.Ia satu fenomena alam yang menarik untuk diamati.Dalam sibuk training aku sibuk juga membaca blog blog orang masa break dan bila system begitu perlahan.Banyak cerita baru dan buku buku baru di ulas dan aku belum sempat membacanya.

Friday, December 14, 2007

I Am legend

Aku menonton filem ini semalam bersama Zura,Su, Adik dan seorang nyah di Mid Valley.Mulanya rasa hilang mood sebab aku dan adik masuk lewat.Aku ingat iklan lagi tapi dah start rupanya.Lagi satu perkara aku rasa terganggu dengan palang di sebelah kananku.Aku juga rasa sedikit kurang selesa sebab pertama kali menonton wayang bersama adik sendiri.Bagiku cerita nie ok jelah.Tak la best sangat.Tak banyak adegan yang bestpun.Filem nie rupanya adaptasi novel I Am Legend oleh Richard Matheson pada 1954.Banyak juga filem lain yang dibuat mengikut novel yang sama seperti The Last Man On earth,1964 dan The Omega Man 1971 bak kata seorang rakan yang kuat perasan ia filem retorik.ia mengisahkan Robert Neville yang tinggal seorang di kota New York sebab semua orang mati kena virus.macam mana virus tu boleh wujud aku tak sempat tengok sebeb masuk lambat.Dia seorang saintis yang terus mencari penawar untuk virus tersebut dan tinggal bersama anjingnya bernama Samantha.lepas tu anjing tu mati dicekik beliau sendiri sebab dijangkiti virus dan menunjukkan simptom akan menjadi mutan.Virus itu juga mengakibatkan sebahagian warga new York menjadi mutan dan hanya dapat hidup pada waktu malam.Mereka juga menjadi kanibal memakan saki baki manusia yang tinggal.Selama tiga tahun si Will Smith nie mencari penawar virus itu dan mencari manusia lain yang hidup menerusi isyarat radionya.Akhirnya muncul Anna dan anaknya Ethan disaat genting robert diserang mutan itu.Babak akhir Robert Neville menamatkan riwayatnya sendiri selepas memberi penawar virus tu kepada Anna.Aku rasa boleh jer dia lempar bom dan masuk trowong tu bersama Anna dan Ethan.Tak perlu lah mati bersama mutan mutan itu.Tapi nanti takde lak tajuk citer nie kan.Kesimpulannyer citer nie dapat la dua bintang dari aku.

Thursday, December 13, 2007

Balik Perak...




Dalam keadaan yang tiada pilihan manusia akan buat apa sahaja.Aku sangat percaya dengan ungkapan itu kerana ia benar benar berlaku keatas diriku.Aku sangat tidak percaya dengan diriku yang terlanggar macam macam dan tak pernah bawa kereta sorang diri ke office berjaya bawa kereta balik Perak seorang diri mengambil mak untuk dihantar ke Kelana Jaya.Alhamdulillah mak selamat pergi menunaikan haji 8 December lalu.Mungkin bagi orang lain drive sendiri KL ke Perak perkara kecil tapi bagi aku ia amat besar dan aku terpaksa melawan ketakutan yang teramat sangat untuk melakukannya.Jalan sungguh mencabar kerana hujan lebat dan sedang dibaiki.Terima kasih yang memberi laluan dan yang menghadiahkan horn bila aku salah lane.Banyak kali jugalah kete manual aku tu mati mati enjin terutama masa jem dan ramai yang menanti dengan sabar dibelakang.Paling takut masa dekat tol sebab kereta belakang horn panjang sangat sebabnya aku kena turun kereta untuk sentuh kad touch n go sebab aku berenti jauh sangat dan aku tak sampai sentuh dengan hanya membuka tingkap.Pengalaman ini sangat manis dan berharga bagiku.Sampai Pantai Remis sempat kerumah Tiah bagi hadiah kahwin Tiah yang aku tak dapat menghadirinya.Buat Tiah dan Fauzi selamat pengantin baru,semoga bahagia berkekalan ke ahkir hayat.Ramai orang datang ke rumah dan ia menjadi majlis kecil yang meriah.Akhirnya aku rasa dapat menjadi kakak yang bertanggungjawab.hehehe

Wednesday, October 3, 2007

Raya...

Wahhh raya dah dekat.Tak sabar nak balik kampungku yang dengar cerita jalannya dah dibaiki oleh wakil rakyat.Teringat baju raya kami sekeluarga yang sama tema tahun ini.Harap harap tukang jahit telah menyiapkannya. Terasa juga perlu bagi duit raya kerana sudah bekerja.Teringat zaman belajar yang masih dapat duit raya.Selalunya di pekan kecil kampungku itu barang barang terutamanya makanan akan naik harga.tapi orang kampung tak kisah sangat sebab hari raya sekali sekala.apalah salahnya berbelanja.Anak cucu balik kampung tak kan nak jamu lauk yang biasa biasa.Ok nak sambung kerja.Nanti sambung cerita cerita tentang raya.

Monday, October 1, 2007

Oktober tanpa tragedi...

Oktober datang lagi seperti sebelumnya dan selalunya.Menyinggah dalam mencukupkan jumlah bulan dalam tahun.Supaya kita ada bulan sepuluh yang selalu hujan hujan dan mujurlah ada bulan Oktober memberi inspirasi kepada penulis lirik lalu menghasilkan lagu tragedy Oktober buat Awie.Dan benarkah Oktober ini bakal mengundang tragedy.Mungkin…ada kebarangkalian atau pasti akan mengundang tragedy.
Ada satu tragedy yang tidaklah menyayat hati sangat telah berlaku dalam hidupku,tapi bukan dalam bulan Oktober,bulan sebelum Oktober.Tragedi yang menyebabkan aku memencilkan diri dari dari dunia blog yang panas ini hehehe.Tragedinya aku terlangar kereta jiran depan rumah dan kemudan tergesel tembok dekat simpang.Tragedi itu cukup mengesankan.Menyebabkan aku turun 3 kg tanpa bersenam dan mungkin aku mendapat pahala puasa yang banyak kerana kadar bercakap juga telah berkurang secara drastik!!
Apa yang menariknya jumlah buku yang aku baca sepanjang tragedi itu telah bertambah secara drasti juga.Antaranya buku :-
1.Surat surat perempuan Johor (FT)
2.Memeluk Gerhana (Isa Kamari)
3. Nama beta sultan Alauddin (FT)
4.Honk if you’re Malaysian (Lydia Teh)
5.Mencari Lokus standi (nisah haron)
Ada juga buku yang ku ulang membacanya seperti Kalashnikov yang kemudiannya menjadi bahan ketawa teman sekerja kerana aku menbaca buku perang perang (kerana ada gambar AK 47 di depan buku itu) Terima kasih buat teman teman yang memberi sokongan walaupun dengan ayat “ calar jer yan keta ko boleh jalan lagi kan” aku menghargai semuanya.Ia sebahagian daripada warna warna kehidupan yang patut dirasa.Tanpanya kehidupan mungkin kehidupan terasa tawar seperti meggi tanpa perisa dan sirap tanpa gula.Pengalaman ada juga yang mengatakan ia adalah timbunan kesilapan manusia yang tidak diakui.Benarkah begitu?....

Tuesday, August 14, 2007

kaca di jendela

Tadi di Office terbaca satu artikel dari DM.Antara isi yang masih kuingat dan terfikir hingga saat ini adalah sudah 700 tahun bangsa Melayu -Islam sudah mempunyai negeri dan kerjaan.Bermula dari kerajaan Melayu Samudera Pasai hingga Kerajaan Melayu Melaka.Cumanya bangsa ini dijajah silih berganti oleh kuasa besar yang dominan seperti Portugis,Belanda Inggeris dan Jepun.Jadinya bangsa kita ini sudah punya ketamadunan yang kukuh sejak awal lagi dan tamadun itu tercampur aduk dengan pelbagai variasi persekitaran.Kemerdekaan cumalah lambang pembebasan dari Inggeris dan permulaan tanah melayu ini dikongsi bersama kaum lain.Hingga saat ini aku masih terfikir fikir dan tercari cari satu kesimpulan yang entah dimana..

Monday, August 13, 2007

saje saje....

Hari tu berkobar kobar hendak menulis tentang buku yang aku beria ambil gambar menggunakan webcam.Buku yang aku hampir-hampir tamat itu aku tidak tahu dimana.(mungkin ada rakan serumah yang meminjamnya dan belum berkesempatan memulangkannya) sungguh aku tak tahu dimana ia sekarang.Selepas exam dan minggu yang banyak aktiviti itu aku pun demam.Seperti biasa mak akan suruh aku pulang ke kampung.Seperti biasa juga emak akan membuat andaian aku demam sebab diet.Diet kah aku? ahhh susah menjadi perempuan, tak makan dikata diet.makan berlebihan dikata pula tak jaga badan.Sekarang sudah balik KL.Kota penuh warna warni dan orang orang yang beraneka ragam.Pastinya terpaksa meneruskan kerja supaya mendapat bayaran di hujung bulan. Kenapakah selalu menggunakan perkataan 'terpaksa ' untuk menunjukkan aktiviti bekerja.Siapalah yang memaksa aku bekerja disana ye.Bukankah aku yang beria pergi temuduga untuk mendapat kerja itu? bukankah aku yang berlakon sakan semasa temuduga tersebut? ohhh sungguh tidah sesuai perkataan terpaksa itu digunakan untuk 'kerja' yang kita lakukan setiap hari.

Monday, August 6, 2007

buku oh buku...

Ini buku yang sedang saya baca.lagi berberapa muka akan tamat.saya akan menulis tentangnya kemudian.kerana saya perlu tidur....

Sunday, August 5, 2007

kita bertemu lagi...

Setelah sekian lama mananti akhirnya aku dapat memiliki lap top sendiri.Aku membelinya dua hari lepas menggunakan duit aku sepenuhnya.Terasa betapa nikmat dan berharganya sesuatu yang dibeli dengan titik peluh sendiri.Terima kasih buat Ila yang turut menyumbang keringat membawa lap top dari Low Yat ke rumahku.Ini adalah entri pertama yang ku tulis dari lap top baru ini.Entri ini ditulis sambil menonton CSINY.Terasa kekok pula untuk menyambung patah patah perkataan kerana sudah lama aku tidak menulis blog.
Semalam aku pergi exam lagi.Exam yang perlu diduduki kerana aku gagal assesement tempoh hari.Aku rasa kali ini ramai calon yang datang buat kali kedua dan seterusnya.Sama ada gagal exam atau assessement.Kali ini dewan yang sepatutnya diduduki 80 calon hanya dipenuhi 23 calon.Semua orang sudah malas untuk pergi exam agaknya.Tapi bagiku ia perlu diteruskan.Perjuangan itu seharusnya sampai ke titik terakhir.Kegagalan hanya berlaku apabila kita berhenti mencuba.
Sebenarnya aku mahu menulis tentang satu buku baru tapi aku belum habis membacanya.Bukan buku baru tapi lama aku yang baru menjumpainya.Aku rasa aku perlu naik atas dan membaca buku itu hingga tamat.Malam ini atau esok boleh menulisnya disini.CSI ini walaupun menarik boleh diulang tonton malam nanti.

Saturday, May 19, 2007

From Taiping with love

Maka barulah kutahu kena PC ini kedudukannya di sengetkan.Sebabnya ini mungkin satu satunyaPC staff yang dapat akses ke internet.Patutlah orang yang duduk disini sebelum aku memusingkan45 darjah.
Tiga buah buku telah tamat dibaca sepanjang percutian selama 6 hari.Pertama novel Jian,kedua Bila Tuhan Berbicara dan ketiga Kalashnikov.Jian adalah sebuah novel fiksyen Sains yang menarik mengisahkan kejadian ganjil di Jian Pahang (Tak sempat rujuk atlas dirumah sama ada tempat ini benar-benar wujud atau tidak) Paling menarik kematian ngeri para saintis dan orang kampung yang berbuhuhan sesama mereka.Novel Bila Tuhan Berbicara menyingkap banyak persoalan agama dan falsafah.Walaupun ia kelihatan agak santai dengan dialog dialog tetapi sangat tepu dengam maklumat yang perlu difikirkan.Novel Kalashnikov pula adalah yang pertama kubaca (semasa menunggu train balik dari Pesta buku) juga menarik tapi aku tak faham sangat.Mungkin perlu pembacaan kali kedua.

Friday, May 11, 2007

Sebelum balik Kampung

Assalamualaikum...
Entri ini ditulis berberapa jam sebelum aku balik Perak.Sudah seminggu tidak membuka blog kerana ada training dan office kami telah memblock internet.Aneh bukan kami pembekal perkhidmatan internet tapi tidak dibenarkan melayari internet.Tapi apalah kuasa yang ada pada kami untuk membantah keputusan yang tersurat.Novel Sangeetha telah kutamatkan semalam.Penamatan yang tidak menyeronokkan kerana meninggalkan banyak lompang kosong untuk difikirkan.Antaranya mengapakah derus tidak dapat mengucap sewaktu ajalnya tiba sedangkan dia seorang yang cukup taat dalam beragama dan mengapakah yang mengajarkan Derus mengucap itu Sangeetha? Banyak persoalan masih memenuhi kotak fikiran.Malam ini aku akan cuba tamatkan novel Jian.Novel fiksyen yang bagus kerana ada banyak fakta Sains untuk dicerna.Tidak sabar rasanya untuk mengetahui kesudahan misteri yang berlaku.Semalam juga aku telah membaca Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Novel yang kubeli setelah menjadi pendengar wacana penulisnya semasa di pesta buku.Ia juga merupakan sebuah novel yang susah dilepaskan jadi aku tidak membawanya bersama pulang ke kampung.Mak memang tidak suka aku menghabiskan banyak waktu untuk membaca di rumah.Dia ingin berbual bual denganku barangkali.Tapi kadangkala aku terasa tidak banyak yang dapat aku kongsi bersamanya.Aku bukan jenis orang yang suka berkongsi segalanya dengan orang lain.Ada perkara tertentu yang kurasa lebih baik disimpan dalam lipatan diari.Mak juga tak suka aku membuat aerobic dirumah.Jadi kali ini aku tidak membawa cd aerobic balik ke kampung.walaupun aku baru membeli sebuah cd baru petang tadi.Semoga aku dapat menjadi anak yang memenuhi piawaian balik nanti.

Monday, May 7, 2007

Pesta Buku

Semalam aku pergi Pesta lagi.Semalam hari terakhir.Aku pergi sorang.Jadi lebih bebas bergerak kemana yang aku mahu.Kali ini aku membeli hampir 20 buah buku termasuk buku rujukan buat Azrul,Suliana dan Zuddin yang memanggilku kakak walaupun aku bukan kakak mereka.Semalam aku rasa sangat puas hati dapat beli buku yang aku nak cuma aku masih tidak jumpa dengan Kekasih Sang Po Po.Aku jumpa Fadz yang di gerai DBP yang sempat memberi sebuah majalah yang aku belum sempat menyelaknya.Aku juga ditemukan dengan Sinaganaga,Mat Jan,Spy 2 dan Vovin oleh Fadz.Buku Kalashnikov kubeli dari Sinaganaga bagaikan barang haram.Sebelum balik aku sempat duduk di depan pentas melihat pelancaran novel drama Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Akhirnya novel itu kubeli walaupun tidak masuk dalam senarai dan novel itu ada tandatangan penulisnya.

Thursday, May 3, 2007

Sangeetha-310

Ditengah tengah pembacaan terasa Azizi begitu cermat meletakkan perasaan seorang wanita- Sangeetha.Kadang kadang perlakuan tidak selaras dengan perasaan.Ini perkara biasa dalam kehidupan seseorang wanita.Perlakuan pula kadangkala sangat bertentangan dengan emosi yang ingin disampaikan.Dalam novel ini segalanya terungkap dengan indah dan berseni.Membaca buku ini membuatkan aku teringat akan warga emas yang pernah kukenali dan sifat dan perlakuan mereka seakan sama dengan Sangeetha.

Wednesday, May 2, 2007

Sangeetha-257

Aku masih mengunyah dan menghisap madu dari Sangeetha karya Azizi Hj Abdullah.Novel baru dari pesta buku.Belum tamat kerana aku membacanya lambat lambat dan penuh penghayatan.sememangnya ia novel yang hebat.Terasa sayang untuk berenggang dengannya.Setakat ini baru di muka 257.Dari muka pertama jika dipendekkan ceritanya cuma cerita kesepian seorang janda tua yang menghabiskan sisa sisa hidupnya bersendirian bersama tabla,seekor kucingdan seekor burung tekukur peninggalan mendiang suaminya dan cerita seorang posmen tua yang setia bekerja di rumah janda tua tersebut.Garapan hari demi hari kisah dua insan tua yang begitu sepi dan terbiar mengheret aku terus membaca novel ini tanpa jemu cuma masa tidak mengizinkan kerana aku perlu pegi bekerja dan melaksanakan tugas tugas lain.Hairan bukan, intipati cerita seringkas itu yang ditulis berjela jela gagal membosankan malah menarik minat yang bukan sedikit untuk menyelak helaian demi helaian.Nampaknya ada perasaan halus antara dua insan tua ini.Apakah itu namanya cinta???? tunggu aku habiskan novel ini...

Monday, April 30, 2007

PAC/pesta buku

Maka semalam tamatlah PAC assessement aku.Kursus PAC begitu mencabar dan memenatkan.Tapi paling menarik untuk diingati terutama sessi bahas ala parliment.Rasa kembang sebentar kerana semua orang perlu dipanggil YB.Semua orang cakap berapi api.Maklumlah menjadi ahli politik.Semua nampak berbakat dan bersungguh-sungguh berbahas menegakkan benang basah supaya jadi menang dimata panel penilai.Lari naik turun bukit sebanyak dua kali di INTAN juga best.Tak sesia latihanku berjoging di taman depan rumah sebab jadi antara yang terawal menamatkan larian.Paling takut sessi pengucapan awam.Kalau ada syiling dalam poket pasti akan berbunyi bunyi.Gementarnya seperti hendak pecah jantung.Dan kini bolehlah berhenti sementara membaca buku buku politik dan perlembagaan. Memandangkan aku sudah boleh baca buku buku lain tadi aku pun pergilah ke pesta buku di PWTC.Terima kasih kepada Ed yang tolong mengingatkan.Banyak juga buku yang sempat dibeli.Antaranya buku Sangheta, Enrique mengundang jauh,Jian dan lima enam buah buku lagi.aku juga berjumpa kenalan baru yang juga seorang penulis (kawan Ed sebenarnya).terima kasih kerana menghadiahkan majalah yang best itu.semoga minggu ini tidak sibuk untuk menghabiskan buku buku baru itu...

Wednesday, April 11, 2007

Mari ketawa sensorang

semalam aku terbaca satu joke.begini bunyinyer..
bebaru ni, org german gali 100m ke dalam tanah ...dan diaorang jumpa wayer copper ...... waaa .... kome tahu apa german ni cakap........ dan dok pk ..... " maybe tok nenek depa dulu dah ada line tepon "
org amerika tak puas ati ..... dia pun gali juga ....... tahu apa depa jumpa ...... ? depa jumpa fiber ......
jadi , depa pun dok ingat , dulu-2, tok nenek depa juga dah maju ke depan sebab dah ada fiber-optik ....
then .... ada satu mamat melayu ..... dia memang tak puas hati dengan kenyataan org german dan amerika tuh .....
jadi , dia pun gali lah ..... 100m .... tak jumpa apa-2 ... gali lagi ...... dan lagi ....
habuk pun tarak .......
at last , mamat melayu ni buat kesimpulan ....... tok nenek org melayu lebih maju dari tok nenek org german dan amerika, sebab nya ...... kita dah lama guna wayerless
...dan hari nie aku sedang tersenyum sorang sorang kat office

Thursday, April 5, 2007

Mr Bean's Holiday

Perlu ke tonton wayang?
Perlu. kerana hari ini ladies day dan off day bagi aku
Tapi bukankah sudah tengok cerita yang sama minggu lepas?
Tak mengapa mungkin rasanya akan berbeza
....setelah berkira kira dan bertanya tanya dengan diri sendiri aku memutuskan untuk menonton Mr Bean 's holiday semalam.Yeahh benar ada yang berubah walaupun aku telah menonton cerita yang sama dihari yang sama minggu lepas.Semalam panggung kurang sibuk dengan kanak kanak seperti minggu lepas.Kebanyakkan penonton orang dewasa.Rupanya part yang menjadikan orang dewasa ketawa berbeza dengan kanak- kanak yang kukira ketawa sepanjang masa pada minggu lepas.Tontonan kali kedua ini menjadikan aku kurang tertekan dan lebih menghayati cerita dengan tenang.Filem ini kurasakan indah dengan muzik yang membawa mood gembira.Ada dua sorotan gambar yang penting sama ada dari handycam Mr Bean atau dari kamera filem itu sendiri.Ia agak menarik jika diamati betul betul.Dan semalam ada berberapa bahagian yang menjadikan aku ketawa sebelum ia ditayangkan contohnya basikal berinjin yang dinaiki lelaki tua yang sangat perlahan tetapi berbunyi seperti motorsikal.Selain itu bahagian paling kelakar bagiku ialah ketika Mr Bean membuat pertunjukkan untuk meminta sedekah di pasar dan filem Carson Clay yang asyik menayangkan wajahnya sahaja di pesta filem Cannes itu.

Sunday, April 1, 2007

Merunut akar meraih bumi


Aku mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ini (lebih kurang dua minggu).Buku ini mengiksahkan kehidupan Sally seorang peribumi Australia yang mencari identidi kaumnya.penulis telah melakukan penceritaan dengan baik sekali hinggakan kita merasa seolah-olah melalui pengalaman yang dilalui oleh watak yang terbabit.ia menggambarkan latar waktu dan kehidupan yang segar dan memancing minat umtuk menyelak ke halaman seterusnya.penulis juga berjaya menyelemi jiwa kanak kanak dan mempersembahkan watak Sally dan adik adiknya sewaktu kecil.Setelah dewasa Sally mencari misteri yang menyelubungi kehidupannya tentang keturunannya yang selama ini disembunyikan oleh ibu dan nenek beliau.Dia mula membuat kajian danmembuat penceritaan semula dari watak yang terbabit seperti Athur,Daisy dan Gladyes.Paparan ini menunjukkan betapa kekejaman orang kulit putih terhadap peribumi Australia.Ia amat menyentuh perasaan.Buku ini juga membuatkan aku lebih memahami betapa sesuatu kaum itu sememangnya mempunyai tabiat yang berbeza dan menunjukkan identiti mereka walaupun dimana mereka berada.Misalnya ahli keluarga Sally amat berminat dengan haiwan dan alam sekitar.mereka tidak menganggap binatang seperti ular dan biawak sebahagian dari kehidupan mereka.tentunya ini amat berbeza dengan budaya masyarakat melayu yang menganggap ia haiwan yang wajar dijauhi atau tidak pun tidak dipedulikan.Buku ini juga menyingkap kesengsaraan orang asli yang ditindas dari aspek politik dan ekonomi.mereka juga mengalami perasaaan rendah diri yang amat tinggi hingga malu untuk mengaku asal kaum mereka.

Thursday, March 29, 2007



Adainya blog ini sebuah barang pasti akan berhabuk dan bersawang.Agak lama meninggalkan tapi bukan melupakan.Au baru balik bercuti dari Pangkor.Percutian dengan rakan rakan sekerja.Meriah dan menghiburkan.Nsib baik tidak bertemu sesiapa yang kukenali kerana Pangkor amat dekat dengan tempat tumpah darahku hehehe.Setiap kali aku mengunjukgi Pangkor pasti ada yang berubah.Kali ini ikan ikan sudah tidak banyak dilihat semasa aktiviti snorkelling berbandiang kunjunganku sewaktu belajar dulu.Pangkor juga lebih pesat membangun kini.Aku paling teruja dengan aktiviti menaiki banana boat dimana kami terjatuh dua kali (sepatutnya sekali sahaja) pemandu boat agak panik bila kami semua bukan menjerit kegembiraan tapi ketakutan pada jatuhan pertama.sebenarnya kami semua tidak tahu berenang dan amat takut kerana jatuhan pertama yang tak terduga itu berlaku ditempat yang jauh dari pantai.Tahniah pada group 3 yang menang pertandingan flour game.terima kasih buat mak yang sudi datang sebelum aku berangkat balik ke KL.

Wednesday, March 21, 2007

test result

hari ini amat beerti bagiku.satu perkataan yang mengandungi lima huruf itu telah berjaya manjadikan aku raja senyum sepanjang hari.agaknya tidurku malam ini pun sambil tersenyum.walaupun perjalanannya masih panjang tapi LULUS ujian bertulis PTD ini amatlah bermakna bagiku......

Tuesday, March 20, 2007

mukhsin

date : 17-03-2007
time : 2.45 p.m
position : 11 and 12
location : GSC One Utama
Partner : Duan IBM
Movie : Mukhsin
yeahhh tersangat sibuk walaupun untuk bercerita tentang wayang yang ditonton pada hujung minggu lalu. tidak mengapa bukan jika aku berikan sedikit komen tenteng cerita berkenaan.First terima kasih buat Duan yang sudi membelanja aku tengok wayang (birthday present katanya)Kami masuk agak lambat sebab beratur agak lama untuk membeli pop corn jadi tak sempat menonton permulaan cerita.yang sempat ku tonton ialah adegan Orked membuang beg rakannya.emmm kesimpulannya cerita ini bagi aku ok je latapi susah kot nak cari orang melayu cam ibu bapak si orked.dan sikap bapak oeked tentang instalment sofa tu bagi aku agak tak patut.tapi adakah pengarah ingin menggambarkan orang melayu suka berhutang walaupun berpendidikan.atau sikap dan pendidikan tidak menghubungi hubungan yang significan.sebenarnya banyak lagi nak update tapi aku sangat sibuk hari ini...

Thursday, March 15, 2007

mari kita berjiwang sebentar...

Andai merindu lebih indah,
Andai tanpa bicara tiada kebencian,
Andai hadirku tergugat damaimu,
Andai berpisah itu lebih baik,
Siapalah aku untuk mempertahankan rasaku terhadapmu....
hahaha aku bukan ingin berjiwang cuma teringat luahan Derra Mandy dalam novel Original. Teringin untuk membaca semula tetapi ada di kampung sana.Aku masih bersusah payah mengisi setiap masa terluangku untuk menghabiskan novel Sally Morgan yang kubeli di DBP.Semoga aku akan sampai kehalaman terakhir sebelum fajar Senayan* menjelang tiba.
*Senayan- Arwah nenekku menyebut hari Isnin sebagi senayan.aku tak tahu mengapa kerana tidak sempat bertanya.sekarang perkataan ini amat jarang digunakan

Wednesday, March 14, 2007

bahasa kecewa manusia

Hidup ada banyak bahasa rupanya.antaranya bahasa kecewa.aku percaya banyak puisi puitis,novel novel hebat malah lukisan terkenal lahir dari bahasa kecewa manusia.aku pernah baca yang seorang pelukis terkenal Van Gogh dapat menghasilkan banyak lukisan bermutu kerana kekecewaannya terhadap seorang wanita yang menolak cintanya.Jika dihalusi bahasa kecewa ada dimana mana.rakyat yang kecewa dengan kerajaan,kerajaan yang kecewa dengan rakrat,pekerja yang kecewa dengan majikan dan sebaliknya.guru yang kecewa dengan murid, ibubapa yang kecewaya dengan anak anak malah kodok rempit yang kecewa dengan hidup mereka melampiaskan bahasa kecewa mereka dengan menggadaikan nyawa di jalan raya.kadang kadang bahasa kecewa dihamburkan dalam bentuk kemarahan paling mudah atau manusia akan menggunakan medium paling indah untuk mengintrepetrasikan bahasa kecewa mereka.Dan aku adalah pendengar bahasa kecewa paling handal berlakon..sebenarnya isu yang aku ingin tonjolkan dalam entri ini adalah aku mendengar bahasa kekecewaan pemanggil setiap hari dan melakonkan watak pendengar yang simpati.dan kadang kadang aku penat menjadi pemberi simpati terhebat dipasaran.Oleh kerana aku penat sekarang entri ini jadi bersimpang siur ideanya...

Tuesday, March 13, 2007

My birthday....

Hari ini hari lahirku...maka bertambah usiaku setahun lagi.Tiada apa yang istimewa hari ini.sekadar mengingatkan aku terhadap pertambahan angka yang bernama usia dan bekalan dihari tua.Banyak juga menerima ucapan selamat dari rakan rakan.moga doa mereka dimakbulkan aku selamat sentiasa dan dimurahkan rezeki olehNYA.Namun bagiku aku tidak hanya mahu selamat disini...penempatan sementara yang akan berakhir aku juga ingin selamat di penempatan yang abadi...Buat mereka yang juga menyambut hari lahir pada hari ini Selamat Hari Lahir buat anda semuakita bukan bertambah tua tapi bertambah matang dan bertambah kaya dengan pengalaman hidup...

Wednesday, March 7, 2007

aku dan buku baru

Inilah buku buku yang sempat ku beli dalam masa 20 minit di DBP Ahad lepas.Masa yang suntuk menyebabkan aku terpaksa baca muka depan dan kulit belakang sahaja.Jika berkenan terus masukkan dalam bakul dan kini hari hariku menjadi amat sibuk untuk menghabiskan buku buku tersebut.Emmm kepada sesiapa yang belum pergi aku nasihatkan pergilah.... atau anda akan menyesal.Buku buku berkualitidijual dengan harga yang cukup murah.Aku akan pergi lagi sebelum jualan ini berakhir pada15 April.

Friday, March 2, 2007

hujung minggu dan teman teman

menghabiskan detik demi detik sebelum hujung minggu adalah indah.kepala sarat dengan rancangan rancangan yang harapanku akan berjaya dilaksanakan.Aku sememangnya amat teruja dengan jualan buku di DBP yang kubaca dari blog jarimegnetik.dan aku mula mencari cari teman yang sehaluan.Ohhh rupanya tiada... puas kurengek manja lewat sms dengan teman teman yang kukenali.Akhirnya aku berjaya berkompromi dengan seseorang (shh dia rakan karibku di Tadika dahulu) dia akan menemani ku ke DBP dan aku akan menemaninya ke Minds serdang.dia kepingin benar mengunjungi Minds di serdang tapi tidak tahu bagaimana untuk kesana.pertukaran ini kukira adalah adil.aku juga berhasrat untuk berjoging di taman berdekatan perumahanku.rancangan ini disepakati bersama teman serumahku.semoga ia berjalan dengan jayanya.aku juga ingin bertemu seseorang untuk menyerahkan sesuatu.lama sungguh tidak bertemu dia.masih jongangkah giginya?? (mati aku jika dia tahu aku tulis begini).bulan lepas aku ada menelefon bertanya khabar.dia di bumi Korea.maka aku menamatkan panggilan itu sebagai langkah penjimatan.kini dia sudah pulang.ingin sekali mendengar ceritanya dibumi orang, namun dia sangat teruja untuk bercerita kisah lama bersama.disekolah dan dikelas tuisyen yang kami pergi untuk bersuka suka.sebagai alasan agar boleh keluar ke pekan.tapi dia teman yang baik.sentiasa ada bila diperlukan.walaupun ayatnya sakrastik amat kala berbicara...aku tidak ambil hati.Rindu betul untuk bertemunya.katanya dia akan membawa air sendiri kerana aku terlalu kedekut untuk membawanya minum di KFC berhampiran rumahku (aku hanya membawanya ke kedai mamak semasa dia datang bertemuku dua bulan lepas) Dengarnya rakan karibku yang dari sekolah tadika juga banyak cerita untuk disampaikan.aku baru sahaja bertemunya bulan lepas di KL sentral.ceritanya lebih kepada perkara terkini bukan seperti rakan yang satu lagi yang lebih gemar kepada cerita cerita yang berada di lipatan sejarah.Ok setakat ini dahulu entri kali ini..

Thursday, March 1, 2007

manusia dan masa

9:21 PM 01/03/2007-Sudah bulan Mac atau bulan ketiga dalam setahun.perasaanku?... berbaur...sukar ditafsir dengan kata-kata.Masih terlalu banyak yang belum terlaksana.Terasa ingin sekali menghentikan masa.kata Einstein jika manusia dapat merentas kelajuan cahaya manusia dapat menghentikan masa.Berbaloikah padaku jika masa itu dihentikan?jika masa terhenti bagaimana ya? beku dan kaku kah kita? terapungkah usia dan kita muda sentiasa.tapi.... banyaklah perkara akan tergendala.bukankah jika kita ingin maju kita perlu bergerak kehadapan?dan pastilah kita perlu masa itu bergerak.Maka terhentinya masa seperti yang selalu ku impikan tidak membawa sebarang kebaikan kepada manusia.biarlah masa terus bergerak.yang penting masa itu terisi.pengisian itu pula perlulah berkualiti..maka tidaklah masa itu sia-sia.

Wednesday, February 28, 2007

teori ekonomi...

hai... terlalu sibuk untuk menyumbang sesuatu.bukan tiada idea untuk menulis.bukan tiada hati untuk menulis.cuma yang tiadanya masa.terlalu sibuk menghambat waktu.menjawab panggilan demi panggilan.dari manusia yang kehausan untuk mencapai sambungan maha luas ke alam maya.seakan menjadi pergantungan yang cukup penting bagi manusia hari ini.andai ia tiada hampir gila mereka.Jika tidak masakan ada yang sanggup membuat panggilan ke sini dan melampiaskan amarah mereka andai sambungan tersebut kurang memuaskan.aku sebenarnya tidak salahkan mereka.mungkin betul: sesuatu yang dibayar perlu mendapat pulangan setimpal.wah sungguh hebat sebenarnya mereka bukan!!.Yang tidak pernah belajar teori ekonomi pun amat faham sekali pulangan atau hasil mesti setimpal dengan usaha atau pelaburan mesti mendapat keuntungan setara atau kalau boleh berganda.Jika kita kembali kepada masalah asas ekonomi iaitu sumber adalah terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak pernah terbatas.maka manusia perlu membuat pilihan.aku pelajar ekonomi yang cuba memahami gelagat manusia yang kerapkali berkesinambungan dengan banyak teori.cuma aku masih teraba raba mencari teori paling hampir mengenai keperluan manusia yang menggila ini dalam mencapai sambungan kealam internet.manusia begitu ghairah mengejar teknologi. Mereka mahukan yang paling canggih, yang paling laju dan paling segala-galanya.keperluankah itu?matikah manusia tanpa keperluan itu? bijaksana sangatkah manusia yang mempunyai maklumat paling hangat dan hebat? mungkin buku freakonomics akan memberi jawapan bagi permasalahan ini... mungkin aku terlalu emosi mengupas isu ini.kerana ia aku dibar gaji....

Saturday, February 24, 2007

Mari belajar ekonomi...(RM)

Ringgit atau turut dikenali sebagai Ringgit Malaysia ialah unit mata wang Malaysia dengan kod mata wang MYR. Ringgit boleh dibahagi kepada 100 sen dan mempunyai wang kertas bernilai RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM2 serta syiling RM1, 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen.Nama "Ringgit" berasal daripada sisi bergigi wang perak Sepanyol yang digunakan secara meluas pada zaman dahulu. Dollar Brunei juga dikenali sebagai ringgit bagi masyarakat tempatan.Pada 1837, mata wang Rupee India digunakan sebagai mata wang rasmi di penempatan selat (iaitu Negeri negeri Selat) tetapi pada 1867, dollar perak digunakan semula. Pada 1903, dollar Selat dipaut pada 2 shilling dan empat pence (mata wang Britain ketika itu) selepas diperkenalkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang (Board of Commissioners of Currency). Bank-bank swasta dilarang mengeluarkan wang kertas. Namun penggunaan berterusan mata wang ini terhenti akibat penaklukan Jepun pada 1942 hingga 1945 dan apabila mata wang ini dinilai semula berdasarkan Pound Sterling pada 1967. Ini mengakibatkan nilai wang Selat susut sebanyak 15% daripada nilai asal.Mulai bulan Ogos 1975, nama "Ringgit" diterima secara rasmi sebagai nama khas mata wang Malaysia. Sebelumnya, wang dikenali sebagai dollar dalam Bahasa Inggeris dan ringgit dalam Bahasa Melayu. Namun penggunaan simbol $ terus digunakan sehingga ditukar kepada RM pada 1990an.
Apabila krisis ekonomi
Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS.Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada mencampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.

Friday, February 23, 2007

Manusia...

Hari yang biasa.hidup dan bekerja. juga melalui rutin biasa seperti hari hari sebelumnya.bosankah aku dengan kehidupan? sudah pastilah tidak... aku amat menghargainya setiap detik adalah indah.kalaupun ia bosan aku akan memperindahkannya.padaku hidup ini amat misteri.terlalu banyak perlu diterokai.terlalu banyak perlu dipelajari.manusia juga bagiku adalah misteri.banyak yang kita belum tahu daripada yang kita tahu.dan proses pembelajaran itu adalah sepanjang hayat.melayari kehidupan dengan dipenuhi manusia manusia misteri adalah mencabar.minda manusia amat sukar dibaca.mamahami manusia sebagai satu kejadian yang kompleks memerlukan kesabaran dan ia akan berakhir dengan kepuasan kerana proses komunikasi dapat berjalan dengan lancar.ok setakat ini dahulu....aku ingin terus memahami manusia manusia yang menghubungiku dan aku dibayar untuk memahami mereka...

Thursday, February 22, 2007

lets answered the silly questions...

1.Are you wearing a necklace?YES
2. Do you like someone right now?YES
3. Who is the main person(s) you talkto at work?My friend Ila
4. Is your room clean?YES
5. What color is your shirt?I am wearing pink blouse
6. How many bedrooms do you have inyour house?Five
7. What song are you listening to?no song
8. What was the last mall you went to?One Utama
9. Are you alone?nope..
10. Do you have any older siblings?nope
11. What is the last thing you ate?tau fu fa
12. Who was the last person to comeover to your house?yusma's Frien 9 I dunno her name but she knows my name)
18. Did you go out to eat yesterday?gourmet corner at VADs building
19. What are you thinking right now?do i love my job?...
20. What color are your pants?dark brown
21. What color is your keyboard?black..
23. Are you in college?nope
24. What is the last text you sent?..i dont quite understand!
25. Are you bored?no
26. How many teeth do you have?i will count it later
27. Do you wear glasses?no
28. What color are your shoes?light brown
31. Do you know how to spell bananas?yes
32. What were the last words you said?is there anything else i can help you?
33. Do you have clothes on?Yeah, clothes on! do u want me to take 'em off?
34. Do you have boxers on?nope
35. Are you wearing a Thong?no
36. Where is your cell phone?in my pocket
37. Do you have any friends namedSkyler?no
39. Did you used to watch POKEMON?no
40. whats your ring tone?nokia tune.mid

Wednesday, February 21, 2007

kisah seram....

semalam aku menonton wayang lagi.kali ini dengan teman serumah kesayanganku cik nawar and kak nurul.cerita pilihan kami ialah puaka tebing biru.aku... seperti biasalah akan memeriahkan pawagam dengan jeritan demi jeritan.terima kasih buat cik nawwar yang sanggup mengorbankan lengan baju anda untuk kupegang tatkala aku merasa seram yang teramat.dan nawar sememangnye orang paling tough sebab beliau tak jerit langsung dalam panggung tu... (tapi kan dia menjerit sakan masa ade lipas banyak kat umah kiteorang... oppppsss)

Monday, February 19, 2007

Chinese new year..

Hari ini cuti tahun baru cina tapi aku kerja.ramai juga yg bekerja hari ini jadi kerja diagih agihkan dengan sempurna.dengan kata lain kerja tidak banyak.jadi banyak lah masa untuk melayari internet,mengemaskini blog dan segala bagai kerja yang berkaitan.semua nampak gembira.bekerja dengan wajah ceria...tapi aku agak letih mungkin semalam tidur lewat.menonton Tv dan membaca novel juga bersms dengan seseorang yang aku rasakan tidak perlu bersms dengan beliau.tapi dia nampak bersemangat untuk bersms maka aku layanlah juga supaya dia tidak berkecil hati.heiiii kenapa ayatku jadi begitu kaku dan skema??? teruknyerrr ok takpe usaha tangga kejayaan.maka perlulah aku tulis selalu supaya ia lebih baik dan sedap dibaca.

Saturday, February 17, 2007

today and yesterday

i went to Berjaya yesterday with Ila.finally i found the physic book that i aimed for so long.so i bought it.now i have the answer for those the questions flying in my mind.i love that book and i hope i will finished it before March.actually i plan to buy Freakonomics but that Physic book look more attractive with reasonable prize.after that we was watching QKQB.actually at first i don't want to watch that movie but there are no interesting movie on that time so we decided to try for that movie.my verdict for this film..just ok to release tension en enjoy the joke although quite stereotype one.then we have shopped but not till dropped hehehe i bought to my mum a dress. i hope she will like it. There are not too much calls.i enjoy surfing blog by blog or anything i want to read.

Thursday, February 15, 2007

My off day

Today is my off day.yes its not saturday or sunday but thursday.its normal for us and others who working in this field or related.i just wake up after my phone ringing with unknown number.so i didn't pick up.thanks for the caller to make me awake.i've finished washed my clothes but the day looks cloudy.i hope the rain will postpone to this evening or night.i plan to finish all the housework before i go out.where is the best place to hang around? any idea please.my colleague just call me to inform about our trip to Tioman this April.its sound great.who want to follow me? hand up...okay i am going to be a maid in my house huhuhu

Wednesday, February 14, 2007

Pada valentine ini...

Blog ini aku siapkan pada 7.53 p.m di tempat bernombor WS204 (nombor ini baru ditampal di sebelah kiri aku) sebelum ini petak petak ini tidak bernombor pun.dan kami tidak kisah pun sama ada petak petak ini bernombor atau tidak.yang penting komputernya berfungsi.dan kami pun boleh bekerja.hari ini hari valentine.Apa ya kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu? mungkin hari berkasih sayang atau hari bercinta cintaan.selama ini kita kurang kasih sayangkah? mungkin ya kerana media atau dalam karangan kita dulu dulu masa sekolah kita selalu tulis masalah sosial disebabkan kurangnya kasih sayang (selalunya ibu bapalah).mungkin pada hari ini kita dapat kasih sayang berlebihan dan gejala sosial pun dapat dikurangkan.sebenarnya aku agak kekok sebab sudah lama tidak menulis dalam bahasa melayu. Tetapi jika aku tulis dalam bahasa inggeris pun bukan baik sangat.aku teringin menulis dalam bahasa melayu sebab dua minggu lepas aku menghadiri satu ujian yang memerlukan aku menulis esei dalam bahasa melayu dan dalam esei itu pelu ada fakta fakta yang tepat.dan seminggu sebelum itu aku bersengkang mata tiap tiap malam menulis satu esei.dan alangkah terkejutnya aku bila mendapati selepas aku menulis sebaris ayat aku hanya mampu menyambungnya selepas lima minit! Itu pada hari pertama lah.selepas itu ia semakin baik dan pada hari ujian itu aku dapatlah menyiapkan esei 500 perkataan mengenai realiti TV. tiba tiba saudari ila bertanya "dah siap dahhh" maksudnya blog ini lah kan.rasanya belum sebab aku ingin menulis lagi tapi mungkin dia kepingin benar untuk membacanya.jadi perlulah aku berhenti disini....