Tuesday, October 28, 2008

Riadah..

Hari nie aku pergi berjoging di taman lepas balik kerja.Taman agak sesak dengan orang ramai, siap bawa tikar untuk duduk duduk macam piknik walhal tasik taman tu tak la cantik mana pun sebab ia tasik buatan.90% daripada pengunjung taman adalah bukan melayu.mereka nampaknya mengorak langkah lebih awal dalam penjagaan kesihatan.Ramai yang bukan hanya bejalan petang petang tapi bersungguh sungguh berjogging dan buat senaman.Aku kagum dengan seorang makcik yang aku rasa dia mix Melyu-Inggeris.Aku berselisih dengan dia dua kali dalam satu pusingan larian.Dia pula dalam keadaan berlari (jogging la kan) bukan macam aku yang kerap mengelat -berjalan bila masa naik dan turun bukit.Aku berlari bila jalan rata sahaja dan aku tak mampu maintain berlari satu pusingan macam mak cik itu.Aku rasa tercabar,stamina dia yang lebih tua dari aku lebih kuat dan tentunya perut dia lebih mantap tanpa lebihan lemak.jadi aku berazam agar aku dapat berjogging dua kali seminggu supaya stamina aku meningkat.Lepas nie boleh la buat tiga pusingan tanpa henti dan berkenalan dengan mak cik itu hehehe

2 comments:

mesejabdul said...

setuju sngt..kebanyakkan org mlayu tue2 kurang mgamalkan senaman. org cina plk rajin stiap petang berjoging di taman..

Amiruddin Azlan said...

penjagaan kesihatan x semestinya berjogging je ye srt hazian...huhuh