Monday, August 13, 2007

saje saje....

Hari tu berkobar kobar hendak menulis tentang buku yang aku beria ambil gambar menggunakan webcam.Buku yang aku hampir-hampir tamat itu aku tidak tahu dimana.(mungkin ada rakan serumah yang meminjamnya dan belum berkesempatan memulangkannya) sungguh aku tak tahu dimana ia sekarang.Selepas exam dan minggu yang banyak aktiviti itu aku pun demam.Seperti biasa mak akan suruh aku pulang ke kampung.Seperti biasa juga emak akan membuat andaian aku demam sebab diet.Diet kah aku? ahhh susah menjadi perempuan, tak makan dikata diet.makan berlebihan dikata pula tak jaga badan.Sekarang sudah balik KL.Kota penuh warna warni dan orang orang yang beraneka ragam.Pastinya terpaksa meneruskan kerja supaya mendapat bayaran di hujung bulan. Kenapakah selalu menggunakan perkataan 'terpaksa ' untuk menunjukkan aktiviti bekerja.Siapalah yang memaksa aku bekerja disana ye.Bukankah aku yang beria pergi temuduga untuk mendapat kerja itu? bukankah aku yang berlakon sakan semasa temuduga tersebut? ohhh sungguh tidah sesuai perkataan terpaksa itu digunakan untuk 'kerja' yang kita lakukan setiap hari.

4 comments:

Anonymous said...

bukankah dunia ini hanya pentas sementara dan kita hanya sebahagian daripada para pelakonnya?

Anonymous said...

dunia sememangnya pentas, and manusia sentiasa beralkon...itu lumrah. Wah sampai demam2 pulak dah..ada baik skrg? hope so..

naiza said...

duan..
camner tahu blog aku? dari blog amir ya? tolong jangan berlakon semasa memberi jawapan hehehe

etaz...
link anda sudah hilang atau aku tal sempat add ari tuh.sila bitau kat ym.dah ok sket demam lepas makan obat sebakul.bila nak datang umah aku?

NurIman said...

membace entry yan seakan-akan membace novel Sangeetha la yan..hehe..

rasa-rasanya, tak terfikirkah untuk menerbitkan novel nukilan anda?pastinya saya orang pertama yg akan membace dan mengomen..:p