Tuesday, August 14, 2007

kaca di jendela

Tadi di Office terbaca satu artikel dari DM.Antara isi yang masih kuingat dan terfikir hingga saat ini adalah sudah 700 tahun bangsa Melayu -Islam sudah mempunyai negeri dan kerjaan.Bermula dari kerajaan Melayu Samudera Pasai hingga Kerajaan Melayu Melaka.Cumanya bangsa ini dijajah silih berganti oleh kuasa besar yang dominan seperti Portugis,Belanda Inggeris dan Jepun.Jadinya bangsa kita ini sudah punya ketamadunan yang kukuh sejak awal lagi dan tamadun itu tercampur aduk dengan pelbagai variasi persekitaran.Kemerdekaan cumalah lambang pembebasan dari Inggeris dan permulaan tanah melayu ini dikongsi bersama kaum lain.Hingga saat ini aku masih terfikir fikir dan tercari cari satu kesimpulan yang entah dimana..

Monday, August 13, 2007

saje saje....

Hari tu berkobar kobar hendak menulis tentang buku yang aku beria ambil gambar menggunakan webcam.Buku yang aku hampir-hampir tamat itu aku tidak tahu dimana.(mungkin ada rakan serumah yang meminjamnya dan belum berkesempatan memulangkannya) sungguh aku tak tahu dimana ia sekarang.Selepas exam dan minggu yang banyak aktiviti itu aku pun demam.Seperti biasa mak akan suruh aku pulang ke kampung.Seperti biasa juga emak akan membuat andaian aku demam sebab diet.Diet kah aku? ahhh susah menjadi perempuan, tak makan dikata diet.makan berlebihan dikata pula tak jaga badan.Sekarang sudah balik KL.Kota penuh warna warni dan orang orang yang beraneka ragam.Pastinya terpaksa meneruskan kerja supaya mendapat bayaran di hujung bulan. Kenapakah selalu menggunakan perkataan 'terpaksa ' untuk menunjukkan aktiviti bekerja.Siapalah yang memaksa aku bekerja disana ye.Bukankah aku yang beria pergi temuduga untuk mendapat kerja itu? bukankah aku yang berlakon sakan semasa temuduga tersebut? ohhh sungguh tidah sesuai perkataan terpaksa itu digunakan untuk 'kerja' yang kita lakukan setiap hari.

Monday, August 6, 2007

buku oh buku...

Ini buku yang sedang saya baca.lagi berberapa muka akan tamat.saya akan menulis tentangnya kemudian.kerana saya perlu tidur....

Sunday, August 5, 2007

kita bertemu lagi...

Setelah sekian lama mananti akhirnya aku dapat memiliki lap top sendiri.Aku membelinya dua hari lepas menggunakan duit aku sepenuhnya.Terasa betapa nikmat dan berharganya sesuatu yang dibeli dengan titik peluh sendiri.Terima kasih buat Ila yang turut menyumbang keringat membawa lap top dari Low Yat ke rumahku.Ini adalah entri pertama yang ku tulis dari lap top baru ini.Entri ini ditulis sambil menonton CSINY.Terasa kekok pula untuk menyambung patah patah perkataan kerana sudah lama aku tidak menulis blog.
Semalam aku pergi exam lagi.Exam yang perlu diduduki kerana aku gagal assesement tempoh hari.Aku rasa kali ini ramai calon yang datang buat kali kedua dan seterusnya.Sama ada gagal exam atau assessement.Kali ini dewan yang sepatutnya diduduki 80 calon hanya dipenuhi 23 calon.Semua orang sudah malas untuk pergi exam agaknya.Tapi bagiku ia perlu diteruskan.Perjuangan itu seharusnya sampai ke titik terakhir.Kegagalan hanya berlaku apabila kita berhenti mencuba.
Sebenarnya aku mahu menulis tentang satu buku baru tapi aku belum habis membacanya.Bukan buku baru tapi lama aku yang baru menjumpainya.Aku rasa aku perlu naik atas dan membaca buku itu hingga tamat.Malam ini atau esok boleh menulisnya disini.CSI ini walaupun menarik boleh diulang tonton malam nanti.