Tuesday, March 25, 2008

Novel Epik Sejarah



Ini sorotan buku pertama untuk tahun ini.Tapi ini bukan buku pertama yang aku baca untuk tahun ini.Hampir 4 bulan aku tidak menulis di blog kesayangan ini,alasannya cuma internet belum siap dipasang di rumah kami.Alasan murahan yang boleh ditentang dengan seribu ayat lawan.Kiranya ini buku untuk bulan Mac…

Judul : Atas Nama Cinta
Pengarang : Isa kamari
Penerbit : Ameen
Harga : RM29.00

Aku memang sudah lama ingin membaca kisah tragedy Nadra ini daripada bahan berbentuk teks yang boleh dipegang seperti buku.Rasa tidak puas membaca dari laman laman internet.Akhirnya aku bertemu buku ini.Mulanya agak kecewa sedikit kerana saiznya lebih besar berbanding saiz novel biasa.Jadi agak payah untuk di maskkan ke dalam tas tangan.Namun begitu isi novel ini tidak mengecewakan.
Novel ini menggarap sebuah tragedy penting dalam sejarah Melayu Islam di nusantara khasnya Malaya dan Singapura.Ia adalah adaptasi kisah perebutan Maria/Nadra/Putih antara ibu kandungnya dengan ibu angkatnya yang berlainan agama dan bangsa (Orang di Malaysia menyebut nama gadis yang menjadi rebutan Natrah tapi dalam buku ini menyebut Nadra) aku tak pasti yang mana satu betul.Kisah sejarah ini digambarkan oleh penulis dari pengambilan Nadra di Tjmahi Indonesia pada 1942 hingga perebutan Nadra di Mahkamah Singapura yang disebut Koloni Singapura.Perjalanan cerita dalam novel ini berjalan dari watak demi watak yang terlibat menyumbang kepada sebuah perjalanan cerita.Bermula dengan watak Aminah sebagai ibu angkat Nadra,Adelaine ibu kandung Nadra,Soelwadi bapa saudara Nadra hinggalah kepada Livett seorang pemanku pesuruhjaya pasukan seragam di Singapura.Penulisan dari watak ke watak mungkin lebih tepat untuk membawa pandangan watak tersebut dalam cerita berkenaan.Kita dapat melihat sisi pandangan dan rasa hati yang berbeza daripada watak yang berlainan.
Kisah Nadra bermula apabila beliau diserahkan kepada Aminah semasa pendudukan Jepun di Indonesia.Ketika itu bapa Nadra Adrianus Petrus Hertogh ditangkap tentera Jepun yang bencikan orang barat.Nadra, ibunya Adelaine dan adik beradiknya dijaga oleh nenek mereka Nor Louise yang beragama Islam.Setelah di jadikan anak angkat Aminah, Nadra dibawa ke Kemaman, Terengganu tanah tumpah darah Aminah.Nadra hidup aman disana bersama rakan baiknya Zanon hinggalh berumur 13 tahun.Sesuatu yang pelik disini adalah penulis menggambarkan Nadra bermain bola keranjang pada waktu senggang di sekolahnya.Bukankah sukan bola kerangjang agak kasar bagi wanita melayu apatah lagi di Pantai Timur? Saya meragui fakta ini.
Setelah perang tamat keluarga asal Nadra telah pulang ke Bergen op Zoom,Belanda dan bapanya telah bersama mereke kembali.Adrianus amat kecewa Adelaine kembali tanpa Maria/Nadra dan memulakan usaha mencarinya.Nadra di kesan berada di Terengganu oleh Arthur Locke seorang pegawai pentadbir dibahagian Timur Terengganu yang dating menyaksikan pertandingan tarian di sekolah Nadra.Dia kemudiannya membuat janji yang licik dengan Aminah supaya mambawa Nadra ke Singapura.Apabila Nadra dibawa ke sana perebutan pun bermula dengan sessi perbicaraan antara peguam Aminah dengan peguam keluarga Hertogh.Acara ini turut manaikkan semangat perkauman masyarakat Islam yang didominasi Melayu Singapura,Malaya,golongan Tamil-muslim dengan pendatang Barat dan belanda yang beragama Kristian.Perebutan yang didalangi dua agama besar ini cukup hebat hingga membawa pertumpahan darah dan kerosakan harta benda.Ia dijadikan medium oleh masyarakat tempatan yang bencikan penjajah untuk menunjukkan amukan mereka.Pada masa yang sama Nadra sempat berkahwin dengan seorang guru bernama Mansoor Adabi.Sungguhpun demikian ia hanyalah nikah gantung dan mereka tidak sempat bersama.
Kisah Nadra berakhir dengan tragis dengan kemenangan dipihak keluarga Hertogh dan Nadra dibawa ke belanda mejadi Maria berkahwin dengan Johan Geradus Wolkenfelt.Kemenangan keluarga Hertogh meninggalkan sejarah pahit buat masyarakat Islam dan kristian di Singapura.Ia angin yang meniup sekam yang sedang terbakar.Rusuhan selama tiga hari selepas keputusan mahkamah itu telah mengakibatkan 18 orang terbunuh,173 cedera,119 kenderaan musnah dan 72 kes pembakaran berlaku.
P/S : Buku ini didatangkan bersama sebuah CD lagu puisi oleh Sirrfillsirr.



2 comments:

Unknown said...

Selamat kembali!!
Dah setahun! :)

naiza said...

Encik Jiwa,
Terima kasih...