Monday, December 31, 2007

catatan akhir tahun...

Ini mungkin catatan terakhir untuk tahun ini.2007 bagiku tahun yang cukup berrmakna dalam kehidupanku.Banyak sungguh catatan suka duka yang berlaku.Pengalaman adalah penghias kehidupan bagai air yang terus terusan mengalir.Aku amat menghargai setiap pengalaman yang kulalui dan setiap insan yang kutemui.Hari ini aku kerja.Mungkin mood bercuti sedang menebal di kalangan rakyat Malaysia.Lalu kerja kami pun menjadi ringan dan santai.Dalam keadaan santai begitu kutemui sesuatu.Seorang teman sekerja yang sering kutemui (tapi tidak mengenali) memberi satu kenyataan umum terhadap aku "Sepanjang aku kerja baru hari nie aku nampak dia senyum" Aku tersentak.Benarkah selama ini aku miskin senyuman? Mungkin benar kenyataan tersebut.Pertamanya aku memang susah memulakan sebarang perbualan dengan orang yang tidak aku kenali.Kedua aku selalu menyumbat telingaku dengan earphone MP4 ku ketika berjalan ke tempat kerja dan di dalam lif.Maka aku tidak akan berbual dengan sesiapa yang aku temui (tapi aku rasa aku senyum) Jadi 2008 ini aku perlu menambah kekerapan senyum kepada orang lain.Aku amat bersyukur aku mencapai apa yang kurancang dalam tahun 2007.Namun begitu tidak bermakna ia sempurna.Banyak yang perlu dibaiki.Pengalaman adalah universiti kehidupan.Pengalaman memang mendewasakan serta mematangkan fikiran.Pengalaman pahit juga merupakan pengalaman yang cukup bermakna sebagai bekalan dihari mendatang.Hidup tanpa pengalaman yang pelbagai bagaikan menaiki roller coaster yang tidak bergerak.2007 yang sarat dengan sejuta pengalaman itu akan aku tinggalkan jua.2008 bakal menjelang.Aku mahu menjadi hambaNya yang solehah,anak mithali buat ibuku dan kakak yang baik buat adik adikku.Azam lain akan kusambung dalam diari baru....selamat datang 2008

No comments: