Sunday, March 15, 2009

Warkah dari Banting

Cuti sabtu dan ahad adalah jarang jarang untuk orang yang berkerja dalam sektor perkhidmatan pelanggan seperti aku.Tetapi minggu ini aku cuti sabtu dan ahad kerana ada training dari hari Selasa hingga Khamis yang lalu.Mulanya rasa tak keruan,terlalu banyak ingin ku lakukan.Terkadang terlintas juga di kepala untuk berbaring dan menikmati buku buku di rumah sahaja.Malangnya kita hanya merancang.Panggilan untuk bertanya khabar mengheret aku ke Banting.bertemu rakan yang sudah lama tidak bersua.Mujur isi rumahnya masih ramah menerima kunjungan aku yang seperti kacang lupakan kulit ini.Ini kunjungan pertama selepas aku tamat belajar,hampir tiga tahun.Tidak banyak yang berubah,cuma anak anak yang pernah kukenali sudah membesar dan bertambah jumlahnya.Rakanku masih sama.Tahniah kerana hampir manamatkan sarjana kejuruteraannya.Jiwanya masih sama merasa menjadi melayu dan berbahasa Melayu itu hebat.Aku kagum dengan dia dan prinsipnya.Nyata perbukitan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menatar corak yang utuh dalam jiwa melayu kami.

No comments: