Tuesday, April 7, 2009

Teater




Sabtu lalu aku pergi menonton teater di Istana Budaya.Ini adalah kali pertama dalam hidupku aku menonton teater,dan aku baru tahu juga bangunan berkubah cantik berhampiran hospital itu Istana Budaya.Sebelum ini entah mengapa aku sangkakan itu adalah Perpustakaan Negara.Terima kasih buat Emon yang menyumbang tiket kepada kami.Mulanya kami hampir hampir menbatalkan hasrat menonton teater ini kerana kesukaran mendapatkan tiket yang di tempah secara online oleh Emon.Kami sudah berkira kira untuk meninggalkan Istana nan indah ini dan mencari GSC dan TGV berhampiran sambil mengutuk ngutuk ketidakcekapan sector yang terlibat.Namun kesabaran seorang petugas yang kelihatan kacak dengan baju batik ala ala mat belia dan seorang mak cik menghalang kami untuk melangkah pergi.Akhirnya kami mendapat tiket setelah kaunter tiket dibuka semula jam 8 malam tanpa rasa bersalah oleh seorang penjaga kaunter.Tajuk teater ini:Mimpi diarahkan oleh Jim O’Connor.Kagum juga rasanya teater berbahasa melayu ini diarahkan oleh seorang mat saleh.Panggung teater tidaklah seperti yang aku gambarkan sebelum menonton, yakni seperti pentas penyampaian hadiah disekolah.Rupanya ia sebuah ruang sederhana besar yang ada kerusi seperti di stadium dan pentasnya tidaklah lebih tinggi dari penonton.Persembahan dimulakan oleh kata kata aluan kepada penonton dan kemudian semua diminta berdiri bagi menghormati lagu Negaraku.Rasanya ini kali pertama aku menyanyi lagu ini untuk tahun ini.Selepas itu teater pun dimulakan dengan prop prop yang menghairankan aku seperti lampu yang turun dari siling dan katil yang boleh disorokkan.Ia mengisahkan dua pasangan yang saling tidak menyukai antara satu sama lain di alam nyata dan makhluk lain dari alam lain yang turut bersengketa tetapi menyumbang kepada perjalanan watak dua pasangan tadi.Aku agak jalan cerita ini dan dialog dialog pelakon agak berat,menjadikan aku tidak faham 100 peratus.Mungkin kerana aku penat sebab baru balik kerja atau aku memang lambat menghadam dialog puitis sebuah teater yang dengarnya juga merupakan adaptasi karya William Shakespeare berjudul a midsummer night's dream.Teater ini dibahagikan kepada empat babak yang berkesinambungan dan menjadikan persoalan cinta antara lelaki dan wanita pokok persoalan dan kekusutan hubungan tersebut diakhiri dengan happy ending.Dialog dalam teater ini sungguh panjang dan penuh falsafah hingga menjadi topic penceritaan kami dalam perjalanan pulang.Kesimpulannya persembahan anak anak seni dari jabatan teater UITM Shah Alam ini adah sesuatu yang memukau,sekurang kurangnya buat aku yang pertama kali memonton tearter ini.Semoga selepas ini aku punya ruang lagi untuk menonton teater sebegini.

1 comment:

clasagi said...

aloo...
Wau! best tue g tgk teater
G ngan sap tue ahaks..