Monday, April 30, 2007

PAC/pesta buku

Maka semalam tamatlah PAC assessement aku.Kursus PAC begitu mencabar dan memenatkan.Tapi paling menarik untuk diingati terutama sessi bahas ala parliment.Rasa kembang sebentar kerana semua orang perlu dipanggil YB.Semua orang cakap berapi api.Maklumlah menjadi ahli politik.Semua nampak berbakat dan bersungguh-sungguh berbahas menegakkan benang basah supaya jadi menang dimata panel penilai.Lari naik turun bukit sebanyak dua kali di INTAN juga best.Tak sesia latihanku berjoging di taman depan rumah sebab jadi antara yang terawal menamatkan larian.Paling takut sessi pengucapan awam.Kalau ada syiling dalam poket pasti akan berbunyi bunyi.Gementarnya seperti hendak pecah jantung.Dan kini bolehlah berhenti sementara membaca buku buku politik dan perlembagaan. Memandangkan aku sudah boleh baca buku buku lain tadi aku pun pergilah ke pesta buku di PWTC.Terima kasih kepada Ed yang tolong mengingatkan.Banyak juga buku yang sempat dibeli.Antaranya buku Sangheta, Enrique mengundang jauh,Jian dan lima enam buah buku lagi.aku juga berjumpa kenalan baru yang juga seorang penulis (kawan Ed sebenarnya).terima kasih kerana menghadiahkan majalah yang best itu.semoga minggu ini tidak sibuk untuk menghabiskan buku buku baru itu...

No comments: