Saturday, May 19, 2007

From Taiping with love

Maka barulah kutahu kena PC ini kedudukannya di sengetkan.Sebabnya ini mungkin satu satunyaPC staff yang dapat akses ke internet.Patutlah orang yang duduk disini sebelum aku memusingkan45 darjah.
Tiga buah buku telah tamat dibaca sepanjang percutian selama 6 hari.Pertama novel Jian,kedua Bila Tuhan Berbicara dan ketiga Kalashnikov.Jian adalah sebuah novel fiksyen Sains yang menarik mengisahkan kejadian ganjil di Jian Pahang (Tak sempat rujuk atlas dirumah sama ada tempat ini benar-benar wujud atau tidak) Paling menarik kematian ngeri para saintis dan orang kampung yang berbuhuhan sesama mereka.Novel Bila Tuhan Berbicara menyingkap banyak persoalan agama dan falsafah.Walaupun ia kelihatan agak santai dengan dialog dialog tetapi sangat tepu dengam maklumat yang perlu difikirkan.Novel Kalashnikov pula adalah yang pertama kubaca (semasa menunggu train balik dari Pesta buku) juga menarik tapi aku tak faham sangat.Mungkin perlu pembacaan kali kedua.

3 comments:

wutever said...

pc yang mana...bagitau sama kat cni

NurIman said...

hehe..dah tau dah pc maneeee..selaluuu je dok sane bace blog..:p org sebelah menyebelah pun dah tensen2 jee..peace~~

wutever said...

kalau pc yang satu nih mmg tau dah pun...ingatkan kot2 ada pc lain...tapi x leh login pulak..hampeh :(...aku lah seorang blogger yang telah di "block"...ling live BLOGGER....
pilihanraya dekat dah ni...