Monday, May 7, 2007

Pesta Buku

Semalam aku pergi Pesta lagi.Semalam hari terakhir.Aku pergi sorang.Jadi lebih bebas bergerak kemana yang aku mahu.Kali ini aku membeli hampir 20 buah buku termasuk buku rujukan buat Azrul,Suliana dan Zuddin yang memanggilku kakak walaupun aku bukan kakak mereka.Semalam aku rasa sangat puas hati dapat beli buku yang aku nak cuma aku masih tidak jumpa dengan Kekasih Sang Po Po.Aku jumpa Fadz yang di gerai DBP yang sempat memberi sebuah majalah yang aku belum sempat menyelaknya.Aku juga ditemukan dengan Sinaganaga,Mat Jan,Spy 2 dan Vovin oleh Fadz.Buku Kalashnikov kubeli dari Sinaganaga bagaikan barang haram.Sebelum balik aku sempat duduk di depan pentas melihat pelancaran novel drama Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Akhirnya novel itu kubeli walaupun tidak masuk dalam senarai dan novel itu ada tandatangan penulisnya.

1 comment:

fadz said...

salam!!

hey, tak beritahu pun ada blog!!! terima kasih kerana melayan JIAN walaupun saya rasa malu dengan pembaca seperti awak:) teruskan menolong susastera Melayu. Oh ya, Kekasih Sam Po Po boleh dicapai di Kinokuniya dan MPH Mid Valley sekarang