Friday, May 11, 2007

Sebelum balik Kampung

Assalamualaikum...
Entri ini ditulis berberapa jam sebelum aku balik Perak.Sudah seminggu tidak membuka blog kerana ada training dan office kami telah memblock internet.Aneh bukan kami pembekal perkhidmatan internet tapi tidak dibenarkan melayari internet.Tapi apalah kuasa yang ada pada kami untuk membantah keputusan yang tersurat.Novel Sangeetha telah kutamatkan semalam.Penamatan yang tidak menyeronokkan kerana meninggalkan banyak lompang kosong untuk difikirkan.Antaranya mengapakah derus tidak dapat mengucap sewaktu ajalnya tiba sedangkan dia seorang yang cukup taat dalam beragama dan mengapakah yang mengajarkan Derus mengucap itu Sangeetha? Banyak persoalan masih memenuhi kotak fikiran.Malam ini aku akan cuba tamatkan novel Jian.Novel fiksyen yang bagus kerana ada banyak fakta Sains untuk dicerna.Tidak sabar rasanya untuk mengetahui kesudahan misteri yang berlaku.Semalam juga aku telah membaca Bila Tuhan Berbicara karya Faisal Tehrani.Novel yang kubeli setelah menjadi pendengar wacana penulisnya semasa di pesta buku.Ia juga merupakan sebuah novel yang susah dilepaskan jadi aku tidak membawanya bersama pulang ke kampung.Mak memang tidak suka aku menghabiskan banyak waktu untuk membaca di rumah.Dia ingin berbual bual denganku barangkali.Tapi kadangkala aku terasa tidak banyak yang dapat aku kongsi bersamanya.Aku bukan jenis orang yang suka berkongsi segalanya dengan orang lain.Ada perkara tertentu yang kurasa lebih baik disimpan dalam lipatan diari.Mak juga tak suka aku membuat aerobic dirumah.Jadi kali ini aku tidak membawa cd aerobic balik ke kampung.walaupun aku baru membeli sebuah cd baru petang tadi.Semoga aku dapat menjadi anak yang memenuhi piawaian balik nanti.

6 comments:

Unknown said...

Salam,

Novel yang baik tidak ada penamatnya. Penamtanya adalah permulaan untuk kita berfikir.. Itulah yang terdapat dalam Sangeetha.


Kesian orang tak dapat aerobic... he.he

naiza said...

Jiwa,
Adakah penulis menjadikan pembaca sebagai hakim untuk menamatkan penceritaannya?

Anonymous said...

-Tapi kadangkala aku terasa tidak banyak yang dapat aku kongsi bersamanya.Aku bukan jenis orang yang suka berkongsi segalanya dengan orang lain -

penipu,dlm kereta tak abih2 bebel

naiza said...

saper yg paling banyak bebel? ko ke aku? sila sedar diri En Reza!!!!

fadz said...

wahh...gaduh2, best.. hehe...ya, saya setuju, ia terletak atas kuasa pembaca utk menilai apa yg dia baca, pembaca punya hak menilai. itu tidak dapat disangkalkan.

VIRTUALMETAL said...

VADS = Value Added Donkey Services. Full with bunch of donkeys especially the management. Welcome to Screamyx Call Centre...