Thursday, March 12, 2009

Thanks...



Terima kasih daun keladi untuk hadiah birthday yang awal dari tarikhnya ini.Esok bertambahlah umur aku lagi satu tahun.Macam biasa bila fikir pasal angka angka yang terus menunjukkan pertambahan kita akan kata apa ada pada angka.tapi hakikatnya ia adalah pertambahan usia yang dipinjamkan oleh-Nya.Moga dengan pertambahan usiaku ini aku menjadi manusia yang lebih matang dalam hidup dapat bertindak sejajar dengan kematangan dan pengalaman yang ada.Semoga aku menjadi hamba yang lebih baik dan beriman, anak yang taat,rakan yang disenangi dan teman yang memahami.

Sunday, February 1, 2009

Patah Sayap Terbang Jua - A Samad Ismail



Judul : Patah Sayap Terbang Jua
Penulis : A.Samad Ismail
Penerbit : Creative Enterprise
Bil. Muka Surat : 360

Ada semacam resah yang mengasak aku menghabiskan novel ini.Namun belum tamat lagi baru bab 19 muka 263 Sejak November lalu aku kian gila membaca novel novel A.Samad Ismail.Terima kasih buat Creative Enterprise yang sering mengadakan jualan murah di R&R Tapah.Aku memang tidak pernah lapaskan peluang membli novel novel bermutu sebegini.
Menyelami hari hari yang ruang waktunya amat jauh kadangkala memualkan.Dengan batuk dan kahak dan gambaran persekitaran zaman Jepun itu menjadikan aku cemas,geli dan gelisah.Namun, seperti biasa novel novel sebegini menjadikan aku rela melepaskan luang yang ada untuk bersantai dihadapan kaca televisyen.
Novel ini mengisahkan perjuangan wartawan diambang kemerosotan kuasa Jepun.Rupanya melayu ketika itu tak banyak bezanya pun dengan Melayu zaman ini.Suka berfoya-foya,yang penting sedikit keamanan.menikmati hari hari yang aman seperti zamam British sudah mencukupi.Dapat makan roti berssama majerin dan naik basikal releigh sudah kira bertuah.Perkataan perjuangan amat ditakuti.
Keadaan ini amat kontradik dengan Bangsa Indonesia ketika itu yang memiliki semangat juang yang tinggi untuk menghalau penjajah tidah kira Belanda,Amerika,Inggeris dan Jepun dari negara mereka.Hingga pertengahan Novel ini aku dapat memahami lebih dalam pemikiran yang ada pada bangsaku.. alahai Melayu...

Friday, January 16, 2009

selamat datang 2009



Kata orang hidup ini satu perjalanan.Kita percaya.Aku pun percaya.Bila dan di mana bermulanya perjalanan itu kita tidak pasti sangat.Mungkin saat roh ditiupkan itulah saat mula sebuah perjalanan.Destinasinya semua sudah maklum bila roh itu direntap dari jasad.Dalam perjalanan hidup ini kata ustaz usatazah kita perlu kutip bekalan kerana selepas perjalana itu ada lagi sebuah kehidupan baru.Tapi selalunya kita berlakon sepanjang perjalanan itu.Kita mahu kutip segala khazanah perjalanan yang melengahkan.Aku selalu rasa kecewa andai dalam perjalanan ini tiada sebarang pengisian yang kata ustaz ustazah oleh menambah bekalan……

Tuesday, October 28, 2008

Riadah..

Hari nie aku pergi berjoging di taman lepas balik kerja.Taman agak sesak dengan orang ramai, siap bawa tikar untuk duduk duduk macam piknik walhal tasik taman tu tak la cantik mana pun sebab ia tasik buatan.90% daripada pengunjung taman adalah bukan melayu.mereka nampaknya mengorak langkah lebih awal dalam penjagaan kesihatan.Ramai yang bukan hanya bejalan petang petang tapi bersungguh sungguh berjogging dan buat senaman.Aku kagum dengan seorang makcik yang aku rasa dia mix Melyu-Inggeris.Aku berselisih dengan dia dua kali dalam satu pusingan larian.Dia pula dalam keadaan berlari (jogging la kan) bukan macam aku yang kerap mengelat -berjalan bila masa naik dan turun bukit.Aku berlari bila jalan rata sahaja dan aku tak mampu maintain berlari satu pusingan macam mak cik itu.Aku rasa tercabar,stamina dia yang lebih tua dari aku lebih kuat dan tentunya perut dia lebih mantap tanpa lebihan lemak.jadi aku berazam agar aku dapat berjogging dua kali seminggu supaya stamina aku meningkat.Lepas nie boleh la buat tiga pusingan tanpa henti dan berkenalan dengan mak cik itu hehehe

Friday, October 24, 2008

off day..

Rasa kecewa teramat kerana tak dapat mengupload gambar buku yang baru kuhabiskan.Antara gambar dan isi tentukah isinya yang penting tapi bukankah gambar akan menceritakan seribu perkataan…aku akan review buku yang bertajuk Tenggelamnya kapal Van Der Wijck itu selepas berjaya memindahkan gambar dari kamera ke blog ini.Hari nie aku cuti.Seronok duduk rumah tonton TV dan buat kek prun resepi dari Ain.Terima kasih Ain kek itu jadi dan sedap rasanya.Tadi aku tonton Discovery Channel pasal puak Mek yang tinggal di Barat Papua .Dua wartawan yang gigih (Mark dan Ollie) cuba tinggal bersama puak itu untuk menyelami kehidupan mereka.Aku tertarik dengan satu dua patah perkataan yang digunakan oleh puak itu menyamai perkataan dalam bahasa Melayu seperti ‘boleh’ dan ‘tino’(betina)ada gak nama mereka seperti nama orang muslim seperti ‘Musa’ dan ‘Mariam’ tapi wartawan tu tak pulak mencari mana datang pengaruh unsur luar dalam kehidupan puak tu walhal mereka tinggal jauh di puncak gunung.Kehidupan mereka teramatlah simple dengan kaum perempuan yang tak berbaju cuma menutup bahagian bawah pinggang mereka dengan rumput yang nampak macam skirt.Kaum lelaki pulak hanya menutup barang diaorang dengan sejenis labu yang dipanggil ‘koteka’.Sungguhpun macam tu kaum ni ada juga lah peradaban.Sesiapa yang bersalah tetap akan di adili dan di hukum.Politik dalam pentadbiran juga wujud tapi dalam situasi paling mudah.Kadang kadang terbayang pula kalau hidup kita semudah puak Mek itu.Perkataan ‘blog’ pun belum tentu kita boleh sebut .

Sunday, October 5, 2008

Raya...

Salam aidilfitri buat semua yang menganali aku.Maafkan aku buat semua penghantar sms yang tidak dibalas.aku amat sibuk.cuti cuma dua hari.aku pulang kekampung halaman pada malam raya dan kembali ke sini paha hari raya kedua.sakit lutut menekan clutch masih terasa.alhamdulillah perjalananku selamat.mujur emak memahami cuti terhad ini..

Tuesday, July 22, 2008

Ombak Bukan Biru

Ombak Bukan Biru
Penulis: Fatimah Busu
Penerbit: Pekan Ilmu Publication
Cetakan pertama : 1977
Halaman: 374
Harga: RM18.90
Aku memang peminat Fatimah Busu.Cerpennya seperti Anak Bumi Tercinta dan Nasinya Tumpah telah ku baca seawal 10 tahun dan setiap kali membacanya sehingga kini ia pasti diselingkan dengan deraian air mata.
Walau bagaimanapun, Ombak Bukan Biru bukan sebuah novel yang menagih air mata.Ia adalah sebisan pengalaman seorang wanita yang ditulis dengan begitu telus dan teliti.Aku terasa Imrah berada di mana mana apabila mambaca novel ini.Watak Imrah begitu hidup bukan seperti gambaran streotaip novel novel cinta yang watak utama selalunya wanita yang cantik,disukai semua orang dan membuat tindakan yang tepat pada setiap masa.
Imrah adalah guru biasa yang juga ada naluri untuk menyintai dan dicintai.Cinta antara Imrah dan Yamin adalah cinta normal dan direstui.Namun bila cinta itu di khianati Imrah berang.Tanpa usul periksa Yamin manjadi mangsa.Imrah terlalu emosional.Yamin ditinggalkan bersama cinta mereka yang pernah mekar.
Imrah seorang penggemar seni bahkan seorang penari.Hobi ini mendekatkan dia dengan Celine dan menjadi penyebab peertemuan Imrah dengan Laurence.Ini cinta kedua tapi bagi Imrah ia cinta yang sebenar benar cinta.namun cinta ini bukan cinta biasa bagi masyarakat melayu ketika itu.Cinta sejati Imrah mendapat tetangan hebat keluarganya terutamanya bapanya sampai bapanya kembali ke rahmatullah.
Antara keluarga dan cinta,Imrah memilih cinta hatinya Laurence.Pilihan ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang wanita melayu.Imrah bukan anak orang sebarangan.Dia masih kenal dirinya seperti katanya “Ya, Rabbi! Apakah petir telah membelah kepaka aku ihi?Aduh anak Pak haji! Aduh anak mak hajjah! Bukan petir! Bukan halilintar! Anak pak Haji ingat Maghrib.Anak Pak haji ingat Isyak.Anak pak haji Ingat subuh.Anak Pak haji ingatZohor.Anak Pak Haji ingat Asar”(m/s 66)
Roda kehidupan Imrah bagaikan ke bawah apabila memilih Laurence.Pilihan yang menbenarkan kata hati namun bukan bermakna ia abadi.Rumah tangganya bergoncang dilanda badai dengan kehadiran Caroline.Gadis itu memang cuba meggoda Laurence.Bagi Laurence tiada salahnya melayan Caroline tapi Imrah masih bertakhta di hati.Namun bagi Imrah ini bukan mainan.Perasaannya bagai di hiris sembilu.Imrah mengambil keputusan meninggalkan Laurence dalam keadaan dia sarat mengandung.Imrah nekad membawa diri ke Kuala Lumpur.Tindakan ini memang berlandaskan perasaan semata mata.(aku juga selalu bertindak sebegini-menyakiti orang lain dan diri sendiri untuk kepuasan yang sementara)
Imrah akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya apabila bayinya meninggal dunia.Hal ini tentunya memberi kemenangan total kepada pihak yang kurang senang dengan Imrah.Kehidupan gadis cekal ini bukan berakhir di situ.Dia begitu mempercayai nalurinya.Kehiduannya adalah takdir yang ditentukan Tuhan bukan sesiapa.Imrah terus mengorak langkah memohon kerja sebagai pramugari dengan harapan Laurence akan tersembul dimana mana ketika pesawat membawanya terbang ke langit biru…