Friday, March 2, 2007

hujung minggu dan teman teman

menghabiskan detik demi detik sebelum hujung minggu adalah indah.kepala sarat dengan rancangan rancangan yang harapanku akan berjaya dilaksanakan.Aku sememangnya amat teruja dengan jualan buku di DBP yang kubaca dari blog jarimegnetik.dan aku mula mencari cari teman yang sehaluan.Ohhh rupanya tiada... puas kurengek manja lewat sms dengan teman teman yang kukenali.Akhirnya aku berjaya berkompromi dengan seseorang (shh dia rakan karibku di Tadika dahulu) dia akan menemani ku ke DBP dan aku akan menemaninya ke Minds serdang.dia kepingin benar mengunjungi Minds di serdang tapi tidak tahu bagaimana untuk kesana.pertukaran ini kukira adalah adil.aku juga berhasrat untuk berjoging di taman berdekatan perumahanku.rancangan ini disepakati bersama teman serumahku.semoga ia berjalan dengan jayanya.aku juga ingin bertemu seseorang untuk menyerahkan sesuatu.lama sungguh tidak bertemu dia.masih jongangkah giginya?? (mati aku jika dia tahu aku tulis begini).bulan lepas aku ada menelefon bertanya khabar.dia di bumi Korea.maka aku menamatkan panggilan itu sebagai langkah penjimatan.kini dia sudah pulang.ingin sekali mendengar ceritanya dibumi orang, namun dia sangat teruja untuk bercerita kisah lama bersama.disekolah dan dikelas tuisyen yang kami pergi untuk bersuka suka.sebagai alasan agar boleh keluar ke pekan.tapi dia teman yang baik.sentiasa ada bila diperlukan.walaupun ayatnya sakrastik amat kala berbicara...aku tidak ambil hati.Rindu betul untuk bertemunya.katanya dia akan membawa air sendiri kerana aku terlalu kedekut untuk membawanya minum di KFC berhampiran rumahku (aku hanya membawanya ke kedai mamak semasa dia datang bertemuku dua bulan lepas) Dengarnya rakan karibku yang dari sekolah tadika juga banyak cerita untuk disampaikan.aku baru sahaja bertemunya bulan lepas di KL sentral.ceritanya lebih kepada perkara terkini bukan seperti rakan yang satu lagi yang lebih gemar kepada cerita cerita yang berada di lipatan sejarah.Ok setakat ini dahulu entri kali ini..

No comments: