Thursday, March 1, 2007

manusia dan masa

9:21 PM 01/03/2007-Sudah bulan Mac atau bulan ketiga dalam setahun.perasaanku?... berbaur...sukar ditafsir dengan kata-kata.Masih terlalu banyak yang belum terlaksana.Terasa ingin sekali menghentikan masa.kata Einstein jika manusia dapat merentas kelajuan cahaya manusia dapat menghentikan masa.Berbaloikah padaku jika masa itu dihentikan?jika masa terhenti bagaimana ya? beku dan kaku kah kita? terapungkah usia dan kita muda sentiasa.tapi.... banyaklah perkara akan tergendala.bukankah jika kita ingin maju kita perlu bergerak kehadapan?dan pastilah kita perlu masa itu bergerak.Maka terhentinya masa seperti yang selalu ku impikan tidak membawa sebarang kebaikan kepada manusia.biarlah masa terus bergerak.yang penting masa itu terisi.pengisian itu pula perlulah berkualiti..maka tidaklah masa itu sia-sia.

1 comment:

Amiruddin Azlan said...

demi masa.. sesungguhnya manusia dalam kerugian.."wal as"....anyway, kita hanya merancang..
"Wama karu wama karallah Wallahu hairul makirin-kita merancang, tuhan pun merancang; tapi perancangan tuhan yang terbaik"