Saturday, December 29, 2007

Jibam

Ini adalah bacaanku kali yang entah ke berapa.Ini novel adik.Dia baru beli.Aku pernah membelinya sebelum ini tetapi hilang dipinjam orang (kerana tidak dipulangkan).Dulu aku membeli novel ini selepas kenyataan seorang rakan yang tidak suka membaca 'Novel nie aku baca 11 kali'.Rupanya memang benar jika novel ini aku sanggup membacanya walaupun 50 kali.Jibam sungguh istimewa.Dalam novel nipis ini ada ketawa dan air mata.Ada kalanya kita senyum meleret tatkala membacanya.Jibam merungkai misteri kematian Suman dan memaparkan kehidupan penduduk yang jauh di pedalaman,ketinggalan dari arus pemodenan.Dalam Jibam ada watak watak kehidupan yang sungguh realistik dan dialog harian yang tidak dibuat buat.Jibam dikelilingi watak watak yang zalim terhadapnya seperti Tok Ngah sudin dan Usin Singai serta insan yang menyayanginya seperti ibunya Piah,Usup Kidung dan Fakir.Tidandakan Jibam kadangkala melampau seperti meludah dalam telinga Karim Peot dan mengecat seluruh bahagian basikal usin singai .Persengketaan Jibam dengan Tok ngah Sudin berakhir dengan kesudahan yang tak di duga.Aku kira isu paling besar yang ingin ditonjolkan pleh penulis adalah isu tanah dan kaum peribumi yang tidak berpandangan jauh (Percubaan lam Shook membeli tanah keluarga Suman melalui Piah dan Fakir)Isu penindasan kaum sendiri (tok ngah sudin dan keluarga suman ) serta sosiobudaya melayu yang lebih mempercayai tahyul daripada qadak dan qadar (penyingkiran keluarga Suman dari kampung lama mereka) antara nilai baik dalam budaya melayu yang paparkan adalah permuafakatan antara pemduduk kampung dan adanya golongan yang sedar dan berpandangan jauh dalam masyarakat melayu (cth kadir).Sesungguhnya novel ini berjaya memancing minat membaca terhadap golongan yang kurang gemar aktiviti ini.Tahniah buat roomateku yang berjaya menghabiskannya kurang seminggu walaupun sebelum ini kadar pembacaan beliau sama dengan purata bacaan penduduk Malaysia dalam setahun.

No comments: