Monday, December 24, 2007

Tuhan Manusia

Ahad
23 Dec
10.16 p.m
ws228

Andai kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya dan menurut ibu tiang serinya adalah agama.Akhirnya barulah kutahu mengapa saudara Jiwarasa memulakan reviewnya tentang buku ini dengan ayat tersebut.Ia adalah rangkap ayat yang di ulang dalam setiap bab dari pelbagai sudut pandangan watak dan pencerita.Buku ini kutamatkan setelah ia hampir lunyai kerana dibawa ke merata tempat.Ia bermula dengan perjalanan Ali Taqi pulang ke kampung halaman di utara semenanjung.Mulanya aku menjangkakan buku ini di tamatkan apabila beliau selamat sampai,malangnya jangkaanku meleset sama sekali.Isu murtad dan pluralisme yang dikupas amat menarik sekali.Ia umpama membaca puluhan dapatan daripada buku buku falsafah penting.Paling menarik buku ini menarik aku menikmatinya hingga ke helaian terakhir bila ada masa terluang.Gejala pluralisme yang dikupas panjang lebar dalam buku ini amat menarik dan bermakna.Ia dapat difahami dengan jelas kerana dikembangkan beserta fakta yang disokong kukuh terutama dari Al-Quran dan sunnah.Teknik soal jawab dalam majlis ilmu juga amat berkesan kerana ia menjadikan isu yang dibincangkan lebih jelas.Apa yang dapat aku simpulkan daripada buku ini adalah pluralisme merupakan racun yang dibawa dalam kehidupan umat islam supaya menjauhi kehidupan beragama.Racun ini didilindungi oleh botol globalisasi yang menarik supaya keburukannya dilindungi.Rupanya kata kata yang sering kudengar 'the lamps are different but the light is the same,its comes from beyond'adalah kata kata Maulana Rumi yang dipesongkan oleh John Hick.Asalnya ia berbunyi 'the light is not different (tough) the lamp has become different.Ungkapan 'the lamps are different but the light is the same'pernah kubaca sebagai kata kata penutup sebuah filem.Babak akhir memaparkan semua watak berdoa mengikut agama masing-masing.Itulah gambaran terbaik pluralisme.Sebelum ini aku juga termakan dengan ayat tersebut.Semua agama menganjurkan manusia ke arah kebaikan.Buku ini menjelaskan segala-galanya yang ingin kita tahu tentang pluralisme.Terima kasih Faisal Tehrani kerana menghasilkan karya berat dengan bahasa yang tidak menjemukan.Kini barulah kutahu semua bukan cahaya yang dilimpahkan dari lampu yang berlainan dapat kita nikmati.Ada lampu yang mengurung cahayanya,memesongkan cahayanya dan lampu malap yang menjadikan cahayanya kelam.Semasa membaba helaian-helaian terakhir aku menjangkakan Ali Taqi akan berkahwin dengan Zehra untuk menamatkan persengketaan antara mereka,rupanya jangkaanku ini sekali lagi tersilap.

3 comments:

n said...

it was in gubra i think?

pluralism rupenya...

btw i think this is the best novel by FT selain 1515 ^_^ novel yang paling menyentuh jiwa.

fadz said...

yup, mmg Gubra.. i feel cheated too.. anw, great review, rasa nak buka buku FT ni..

naiza said...

n,
1515 saya baca masa tahun 3 kat U dulu.Memang best.Rasa nak baca lagi

fadz,
thanks...