Monday, December 31, 2007
catatan akhir tahun...
Saturday, December 29, 2007
Jibam
Ini adalah bacaanku kali yang entah ke berapa.Ini novel adik.Dia baru beli.Aku pernah membelinya sebelum ini tetapi hilang dipinjam orang (kerana tidak dipulangkan).Dulu aku membeli novel ini selepas kenyataan seorang rakan yang tidak suka membaca 'Novel nie aku baca 11 kali'.Rupanya memang benar jika novel ini aku sanggup membacanya walaupun 50 kali.Jibam sungguh istimewa.Dalam novel nipis ini ada ketawa dan air mata.Ada kalanya kita senyum meleret tatkala membacanya.Jibam merungkai misteri kematian Suman dan memaparkan kehidupan penduduk yang jauh di pedalaman,ketinggalan dari arus pemodenan.Dalam Jibam ada watak watak kehidupan yang sungguh realistik dan dialog harian yang tidak dibuat buat.Jibam dikelilingi watak watak yang zalim terhadapnya seperti Tok Ngah sudin dan Usin Singai serta insan yang menyayanginya seperti ibunya Piah,Usup Kidung dan Fakir.Tidandakan Jibam kadangkala melampau seperti meludah dalam telinga Karim Peot dan mengecat seluruh bahagian basikal usin singai .Persengketaan Jibam dengan Tok ngah Sudin berakhir dengan kesudahan yang tak di duga.Aku kira isu paling besar yang ingin ditonjolkan pleh penulis adalah isu tanah dan kaum peribumi yang tidak berpandangan jauh (Percubaan lam Shook membeli tanah keluarga Suman melalui Piah dan Fakir)Isu penindasan kaum sendiri (tok ngah sudin dan keluarga suman ) serta sosiobudaya melayu yang lebih mempercayai tahyul daripada qadak dan qadar (penyingkiran keluarga Suman dari kampung lama mereka) antara nilai baik dalam budaya melayu yang paparkan adalah permuafakatan antara pemduduk kampung dan adanya golongan yang sedar dan berpandangan jauh dalam masyarakat melayu (cth kadir).Sesungguhnya novel ini berjaya memancing minat membaca terhadap golongan yang kurang gemar aktiviti ini.Tahniah buat roomateku yang berjaya menghabiskannya kurang seminggu walaupun sebelum ini kadar pembacaan beliau sama dengan purata bacaan penduduk Malaysia dalam setahun.Monday, December 24, 2007
Tuhan Manusia
Saturday, December 15, 2007
Training di Menara TM
Friday, December 14, 2007
I Am legend
Aku menonton filem ini semalam bersama Zura,Su, Adik dan seorang nyah di Mid Valley.Mulanya rasa hilang mood sebab aku dan adik masuk lewat.Aku ingat iklan lagi tapi dah start rupanya.Lagi satu perkara aku rasa terganggu dengan palang di sebelah kananku.Aku juga rasa sedikit kurang selesa sebab pertama kali menonton wayang bersama adik sendiri.Bagiku cerita nie ok jelah.Tak la best sangat.Tak banyak adegan yang bestpun.Filem nie rupanya adaptasi novel I Am Legend oleh Richard Matheson pada 1954.Banyak juga filem lain yang dibuat mengikut novel yang sama seperti The Last Man On earth,1964 dan The Omega Man 1971 bak kata seorang rakan yang kuat perasan ia filem retorik.ia mengisahkan Robert Neville yang tinggal seorang di kota New York sebab semua orang mati kena virus.macam mana virus tu boleh wujud aku tak sempat tengok sebeb masuk lambat.Dia seorang saintis yang terus mencari penawar untuk virus tersebut dan tinggal bersama anjingnya bernama Samantha.lepas tu anjing tu mati dicekik beliau sendiri sebab dijangkiti virus dan menunjukkan simptom akan menjadi mutan.Virus itu juga mengakibatkan sebahagian warga new York menjadi mutan dan hanya dapat hidup pada waktu malam.Mereka juga menjadi kanibal memakan saki baki manusia yang tinggal.Selama tiga tahun si Will Smith nie mencari penawar virus itu dan mencari manusia lain yang hidup menerusi isyarat radionya.Akhirnya muncul Anna dan anaknya Ethan disaat genting robert diserang mutan itu.Babak akhir Robert Neville menamatkan riwayatnya sendiri selepas memberi penawar virus tu kepada Anna.Aku rasa boleh jer dia lempar bom dan masuk trowong tu bersama Anna dan Ethan.Tak perlu lah mati bersama mutan mutan itu.Tapi nanti takde lak tajuk citer nie kan.Kesimpulannyer citer nie dapat la dua bintang dari aku. Thursday, December 13, 2007
Balik Perak...
Dalam keadaan yang tiada pilihan manusia akan buat apa sahaja.Aku sangat percaya dengan ungkapan itu kerana ia benar benar berlaku keatas diriku.Aku sangat tidak percaya dengan diriku yang terlanggar macam macam dan tak pernah bawa kereta sorang diri ke office berjaya bawa kereta balik Perak seorang diri mengambil mak untuk dihantar ke Kelana Jaya.Alhamdulillah mak selamat pergi menunaikan haji 8 December lalu.Mungkin bagi orang lain drive sendiri KL ke Perak perkara kecil tapi bagi aku ia amat besar dan aku terpaksa melawan ketakutan yang teramat sangat untuk melakukannya.Jalan sungguh mencabar kerana hujan lebat dan sedang dibaiki.Terima kasih yang memberi laluan dan yang menghadiahkan horn bila aku salah lane.Banyak kali jugalah kete manual aku tu mati mati enjin terutama masa jem dan ramai yang menanti dengan sabar dibelakang.Paling takut masa dekat tol sebab kereta belakang horn panjang sangat sebabnya aku kena turun kereta untuk sentuh kad touch n go sebab aku berenti jauh sangat dan aku tak sampai sentuh dengan hanya membuka tingkap.Pengalaman ini sangat manis dan berharga bagiku.Sampai Pantai Remis sempat kerumah Tiah bagi hadiah kahwin Tiah yang aku tak dapat menghadirinya.Buat Tiah dan Fauzi selamat pengantin baru,semoga bahagia berkekalan ke ahkir hayat.Ramai orang datang ke rumah dan ia menjadi majlis kecil yang meriah.Akhirnya aku rasa dapat menjadi kakak yang bertanggungjawab.hehehe
Wednesday, October 3, 2007
Raya...
Monday, October 1, 2007
Oktober tanpa tragedi...
Ada satu tragedy yang tidaklah menyayat hati sangat telah berlaku dalam hidupku,tapi bukan dalam bulan Oktober,bulan sebelum Oktober.Tragedi yang menyebabkan aku memencilkan diri dari dari dunia blog yang panas ini hehehe.Tragedinya aku terlangar kereta jiran depan rumah dan kemudan tergesel tembok dekat simpang.Tragedi itu cukup mengesankan.Menyebabkan aku turun 3 kg tanpa bersenam dan mungkin aku mendapat pahala puasa yang banyak kerana kadar bercakap juga telah berkurang secara drastik!!
Apa yang menariknya jumlah buku yang aku baca sepanjang tragedi itu telah bertambah secara drasti juga.Antaranya buku :-
1.Surat surat perempuan Johor (FT)
2.Memeluk Gerhana (Isa Kamari)
3. Nama beta sultan Alauddin (FT)
4.Honk if you’re Malaysian (Lydia Teh)
5.Mencari Lokus standi (nisah haron)
Ada juga buku yang ku ulang membacanya seperti Kalashnikov yang kemudiannya menjadi bahan ketawa teman sekerja kerana aku menbaca buku perang perang (kerana ada gambar AK 47 di depan buku itu) Terima kasih buat teman teman yang memberi sokongan walaupun dengan ayat “ calar jer yan keta ko boleh jalan lagi kan” aku menghargai semuanya.Ia sebahagian daripada warna warna kehidupan yang patut dirasa.Tanpanya kehidupan mungkin kehidupan terasa tawar seperti meggi tanpa perisa dan sirap tanpa gula.Pengalaman ada juga yang mengatakan ia adalah timbunan kesilapan manusia yang tidak diakui.Benarkah begitu?....
Tuesday, August 14, 2007
kaca di jendela
Monday, August 13, 2007
saje saje....
Monday, August 6, 2007
buku oh buku...
Sunday, August 5, 2007
kita bertemu lagi...
Saturday, May 19, 2007
From Taiping with love
Friday, May 11, 2007
Sebelum balik Kampung
Monday, May 7, 2007
Pesta Buku
Thursday, May 3, 2007
Sangeetha-310
Wednesday, May 2, 2007
Sangeetha-257
Aku masih mengunyah dan menghisap madu dari Sangeetha karya Azizi Hj Abdullah.Novel baru dari pesta buku.Belum tamat kerana aku membacanya lambat lambat dan penuh penghayatan.sememangnya ia novel yang hebat.Terasa sayang untuk berenggang dengannya.Setakat ini baru di muka 257.Dari muka pertama jika dipendekkan ceritanya cuma cerita kesepian seorang janda tua yang menghabiskan sisa sisa hidupnya bersendirian bersama tabla,seekor kucingdan seekor burung tekukur peninggalan mendiang suaminya dan cerita seorang posmen tua yang setia bekerja di rumah janda tua tersebut.Garapan hari demi hari kisah dua insan tua yang begitu sepi dan terbiar mengheret aku terus membaca novel ini tanpa jemu cuma masa tidak mengizinkan kerana aku perlu pegi bekerja dan melaksanakan tugas tugas lain.Hairan bukan, intipati cerita seringkas itu yang ditulis berjela jela gagal membosankan malah menarik minat yang bukan sedikit untuk menyelak helaian demi helaian.Nampaknya ada perasaan halus antara dua insan tua ini.Apakah itu namanya cinta???? tunggu aku habiskan novel ini...Monday, April 30, 2007
PAC/pesta buku
Wednesday, April 11, 2007
Mari ketawa sensorang
org amerika tak puas ati ..... dia pun gali juga ....... tahu apa depa jumpa ...... ? depa jumpa fiber ......
jadi , depa pun dok ingat , dulu-2, tok nenek depa juga dah maju ke depan sebab dah ada fiber-optik ....
then .... ada satu mamat melayu ..... dia memang tak puas hati dengan kenyataan org german dan amerika tuh .....
jadi , dia pun gali lah ..... 100m .... tak jumpa apa-2 ... gali lagi ...... dan lagi ....
habuk pun tarak .......
at last , mamat melayu ni buat kesimpulan ....... tok nenek org melayu lebih maju dari tok nenek org german dan amerika, sebab nya ...... kita dah lama guna wayerless
Thursday, April 5, 2007
Mr Bean's Holiday
Sunday, April 1, 2007
Merunut akar meraih bumi
Thursday, March 29, 2007

Adainya blog ini sebuah barang pasti akan berhabuk dan bersawang.Agak lama meninggalkan tapi bukan melupakan.Au baru balik bercuti dari Pangkor.Percutian dengan rakan rakan sekerja.Meriah dan menghiburkan.Nsib baik tidak bertemu sesiapa yang kukenali kerana Pangkor amat dekat dengan tempat tumpah darahku hehehe.Setiap kali aku mengunjukgi Pangkor pasti ada yang berubah.Kali ini ikan ikan sudah tidak banyak dilihat semasa aktiviti snorkelling berbandiang kunjunganku sewaktu belajar dulu.Pangkor juga lebih pesat membangun kini.Aku paling teruja dengan aktiviti menaiki banana boat dimana kami terjatuh dua kali (sepatutnya sekali sahaja) pemandu boat agak panik bila kami semua bukan menjerit kegembiraan tapi ketakutan pada jatuhan pertama.sebenarnya kami semua tidak tahu berenang dan amat takut kerana jatuhan pertama yang tak terduga itu berlaku ditempat yang jauh dari pantai.Tahniah pada group 3 yang menang pertandingan flour game.terima kasih buat mak yang sudi datang sebelum aku berangkat balik ke KL.
Wednesday, March 21, 2007
test result
Tuesday, March 20, 2007
mukhsin
Thursday, March 15, 2007
mari kita berjiwang sebentar...
Wednesday, March 14, 2007
bahasa kecewa manusia
Tuesday, March 13, 2007
My birthday....
Wednesday, March 7, 2007
aku dan buku baru
Friday, March 2, 2007
hujung minggu dan teman teman
Thursday, March 1, 2007
manusia dan masa
Wednesday, February 28, 2007
teori ekonomi...
Saturday, February 24, 2007
Mari belajar ekonomi...(RM)
Apabila krisis ekonomi Asia pada 1997, mata wang ringgit dipaut pada dollar Amerika Syarikat pada kadar tetap iaitu RM 3.80 untuk satu dollar AS.Pada 12 Julai 2005, Bank Negara menamatkan pemautan mata wang ringgit kepada dollar Amerika Syarikat selepas China mengumumkan penamatan pautan renminbi kepada dollar. Menurut Bank Negara, Malaysia akan membenarkan ringgit untuk dioperasi dengan apungan terkawal dengan beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai mata wang ringgit naik menghampiri aras nilai pasaran yang dapat diterima . Walaupun begitu, Bank Negara ada mencampur tangan dalam pasaran kewangan untuk mengekalkan kestabilan di dalam dagangan ringgit.
Friday, February 23, 2007
Manusia...
Thursday, February 22, 2007
lets answered the silly questions...
2. Do you like someone right now?YES
3. Who is the main person(s) you talkto at work?My friend Ila
4. Is your room clean?YES
5. What color is your shirt?I am wearing pink blouse
6. How many bedrooms do you have inyour house?Five
7. What song are you listening to?no song
8. What was the last mall you went to?One Utama
9. Are you alone?nope..
10. Do you have any older siblings?nope
11. What is the last thing you ate?tau fu fa
12. Who was the last person to comeover to your house?yusma's Frien 9 I dunno her name but she knows my name)
18. Did you go out to eat yesterday?gourmet corner at VADs building
19. What are you thinking right now?do i love my job?...
20. What color are your pants?dark brown
21. What color is your keyboard?black..
23. Are you in college?nope
24. What is the last text you sent?..i dont quite understand!
25. Are you bored?no
26. How many teeth do you have?i will count it later
27. Do you wear glasses?no
28. What color are your shoes?light brown
31. Do you know how to spell bananas?yes
32. What were the last words you said?is there anything else i can help you?
33. Do you have clothes on?Yeah, clothes on! do u want me to take 'em off?
34. Do you have boxers on?nope
35. Are you wearing a Thong?no
36. Where is your cell phone?in my pocket
37. Do you have any friends namedSkyler?no
39. Did you used to watch POKEMON?no
40. whats your ring tone?nokia tune.mid

